Agong Menasihati Rakyat Amalkan Kesederhanaan Sosial

Diterbitkan: Isnin, 28 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah menasihati semua rakyat negara ini agar sentiasa mengamalkan kesederhanaan sosial dalam setiap amalan mereka.

Baginda bertitah kesederhaaan sosial dalam pelaksanaan sesuatu perkara secara berhemah, tidak bertindak secara melulu dan tidak pula menzalimi orang lain.

"Rakyat tidak sepatutnya memperbesarkan perselisihan yang kecil sebaliknya menyelesaikannya dengan cara yang terbaik, titah baginda pada majlis sambutan Maal Hijrah 1433 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Ahad.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga hadir pada majlis sambutan itu yang bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah".

Seri Paduka Baginda juga bimbang dengan keadaan sosialisasi masyarakat negara ini yang semakin menebal dengan sifat individualistik walaupun berpuas hati dengan pencapaian ekonomi negara yang berkembang pesat seiring dengan negara-negara sedang membangun.

Tuanku Mizan mahukan sifat mulia seperti sayang menyayangi dan saling hormat-menghormati dipupuk dan diamalkan dari rumah bagi membentuk sebuah masyarakat penyayang, persefahaman yang tinggi, bersatu padu dan mementingkan sifat kekitaan.

"Beta amat berharap agar semangat kejiranan dan sifat kekitaan akan subur semula supaya rakyat di negara ini menjalani kehidupan harian dengan lebih harmoni dan berkasih sayang," titah Seri Paduka.

Tuanku Mizan juga menasihatkan rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum yang berbeza agama, adat, budaya dan cara hidup supaya saling memahami keperluan dan menghormati perbezaan antara satu sama lain.

Justeru, Seri Paduka mahukan umat Islam menjadi contoh terbaik dalam mengaplikasikan konsep sebenar persefahaman tanpa mengira kedudukan dan latar belakang. Menurut baginda hanya dengan persefahaman dan menghormati antara satu sama lain, negara mampu membentuk masyarakat yang bersatu padu.

"Kita harus tahu dan sedar bahawa keamanan negara amat berkait rapat dengan perpaduan ummah. Tidak mungkin masyarakat yang kacau bilau mampu mengekalkan keamaman sesebuah negara.

Tuan Mizan turut mahukan keharmonian yang dikecapi dan dinikmati sekarang diwarisi oleh generasi akan datang.

Pada majlis itu, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1433H.

Dr Abdul Shukor, 69 menerima hadiah wang tunai RM100,000 yang disumbangkan oleh kerajaan manakala RM10,000 lagi oleh Yayasan Ubaidi. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan