Senarai Calon BN Perak Pada PRU 13 Siap - Zambry

Diterbitkan: Ahad, 27 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LUMUT: Senarai calon dan pembahagian kerusi Barisan Nasional (BN) Perak bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 telah siap, kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

"...semua calon telah ditetapkan termasuk siapa yang bakal diletakkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang," katanya kepada pemberita di Sitiawan dekat sini Sabtu.

Kawasan DUN Pasir Panjang, yang 80 peratus pengundinya adalah Melayu, diwakili Datuk Seri Mohamad Nizar dari parti PAS. Zambry berkata senarai calon itu akan diumumkan apabila tiba masanya.

Sementara itu, Zambry yang juga Menteri Besar turut meluluskan peruntukan RM1.5 juta bagi membina sebuah masjid baru menggantikan Masjid Wataniah Kampung Pasir Laut dekat sini.

"Masjid berkenaan telah uzur serta tidak lagi mampu menampung bilangan jemaah yang semakin meningkat termasuk dari Kampung Teluk Penchalang dan Kampung Pasir Pandak yang turut berjemaah di sini," katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan