Perincian Proses Pendaftaran Bantuan Khas RM500 Diumum Awal Bulan Depan

Diterbitkan: Ahad, 27 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kerajaan akan mengumumkan perincian proses pendaftaran program bantuan khas kerajaan RM500 kepada rakyat berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan, awal bulan depan.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata mereka yang layak boleh mula mendaftar pada pertengahan bulan depan.

"Perincian yang kita (kerajaan) akan umumkan meliputi cara-cara pendaftaran, kelayakan mereka yang boleh mendaftar dan sebagainya.

"Sekiranya terdapat individu yang tidak ada rumah dan duduk menumpang, mereka juga layak mendaftar," katanya kepada pemberita selepas melawat projek membaik pulih rumah Touch Point di sini, Ahad.

Beliau berkata pelbagai agensi kerajaan akan terlibat seperti Jabatan Kebajikan Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Kita juga telah melantik seramai 2,000 pekerja sambilan bagi melaksanakan kerja-kerja proses pendaftaran itu," katanya.

Ahmad Husni juga berkata bantuan khas itu dijangka diagihkan mulai pertengahan tahun depan dan mereka yang layak akan diumum melalui media massa.

Baru-baru ini, Husni berkata borang program bantuan khas itu akan mula diedarkan melalui LHDN secara percuma pada 1 Disember.

"Dijangka 3.4 juta individu akan mendaftar melibatkan nilai bantuan keseluruhan berjumlah RM2.6 bilion.

"Proses pendaftaran adalah sangat penting dan LHDN juga akan buka bilik gerakan dan kesemua sukarelawan akan membantu sepanjang proses pendaftaran termasuk di kawasan pedalaman," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan