Mufti Melaka Tokoh Maal Hijrah 1433H Negeri Melaka

Diterbitkan: Ahad, 27 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Mufti Negeri Melaka Datuk Wira Rashid Redza Md Salleh dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1433H negeri ini, pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri di Masjid Al Azim di sini, malam Sabtu.

Rashid, 61, anak jati Melaka adalah tokoh agama yang amat disegani di negeri ini dan mula berkhidmat di Jabatan Agama Islam Melaka sejak 1982.

Beliau menerima hadiah wang tunai RM10,000, hadiah iringan, plak dan sijil penghargaan, yang disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

Bercakap kepada pemberita selepas menerima anugerah tersebut, beliau berkata anugerah itu adalah penghormatan terbesar buat dirinya serta kejayaan semua kakitangan di Jabatan Agama Islam yang sekian lama aktif membangunkan masyarakat dan agama Islam di negeri ini.

"Saya berasa amat bersyukur kerana dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah pada tahun ini dan semoga anugerah ini akan menjadi dorongan kepada saya khususnya dan juga warga pejabat agama negeri amnya untuk terus membela dan memantapkan kedudukan Islam," katanya.

Mengenai tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini iaitu "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah", Rashid berkata pemilihan tema tersebut adalah bersesuaian dengan situasi masa kini kerana perpaduan adalah penting sebagai tiang atau kekuatan kepada sesesuatu agama.

Beliau yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik itu, berharap semua masyarakat Islam bersatu padu supaya dapat meningkatkan perkembangan Islam serta menepis segala anasir negatif, rintangan dan tohmahan dengan sabar dan bijaksana.

Bapa kepada lima cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan Datin Wira Zoriah Mohamad, adalah graduan dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pada majlis sama, sembilan individu turut menerima anugerah mengikut kategori tokoh termasuk Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka Datuk Prof. Madya Dr Mizan Hitam bagi kategori perkhidmatan awam.

Ketika berucap pada majlis itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kerjasama, jalinan persaudaraan serta perpaduan yang erat daripada semua pihak mampu memantapkan usaha mendaulatkan Islam sebagai ad-din terunggul, menjulang tinggi syiar agama Islam serta menjadikan umatnya sebagai masyarakat bertamadun dan berkualiti dalam pelbagai aspek kehidupan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan