Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera Sasar Dana RM500 Juta Dalam Lima Tahun

Diterbitkan: Sabtu, 26 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, yang bakal meningkatkan taraf pendidikan di kalangan Bumiputera, menyasarkan dana berjumlah RM500 juta dalam jangka masa lima tahun.

Perdana Menteri, semasa mengumumkan penubuhan yayasan itu, berkata sumber dana itu termasuklah peruntukan endowmen RM30 juta dari kerajaan, sumbangan korporat dan individu.

"Setakat hari ini, yayasan telah mendapat ikrar RM158 juta dari 21 syarikat dan institusi serta peruntukan endowmen," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera di sini, Sabtu.

Yayasan itu, yang diletakkan di bawah fokus strategik kedua dalam Hala Tuju itu, akan mula beroperasi pada awal tahun hadapan, katanya, yang juga Menteri Kewangan.

Beliau berkata, yayasan itu yang menyasarkan pembiayaan 12,000 pelajar dalam tempoh lima tahun ini, akan menumpukan kepada pembiayaan kursus latihan dan profesional bagi tenaga kerja Bumiputera untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman kerja.

Dalam hal ini, Najib berkata fokus akan diberikan kepada latihan dan pembangunan profesional dalam sektor yang menjanjikan landasan kerjaya yang berpendapatan dan berpotensi tinggi.

Bidang pekerjaan yang mempunyai permintaan tinggi dan juga sukar ditembusi juga akan turut diberikan keutamaan termasuk juga bidang pekerjaan yang berbentuk teknikal. "Peningkatan keupayaan sebegini adalah penting agar tenaga kerja Bumiputera dapat meningkatkan potensi pendapatan masing-masing, selaras dengan objektif negara untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi," katanya.

Yayasan itu adalah satu dana amanah pendidikan swasta yang bertujuan menggembleng dan memanfaatkan pembiayaan swasta untuk meningkatkan tahap pendidikan di kalangan Bumiputera.

Antara syarikat yang memberi sumbangan besar kepada dana yayasan itu termasuk CIMB Group Holdings, Felda Holdings, Maybank, Management Science University, University of Nottingham, Kumpulan Sapura, Sime Darby, Telekom Malaysia, UEM Group dan Yayasan Al-Bukhary, yang masing-masing menyumbang RM10 juta.

Najib juga turut mengumumkan Pusat Sehenti yang pertama di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) telah bersedia untuk memulakan operasi pada suku pertama tahun depan. Dengan adanya Pusat Sehenti itu, usahawan tempatan boleh mendapat sokongan yang diperlukan tanpa perlu berkunjung ke setiap agensi berkenaan secara berasingan, katanya. Selain itu, Najib turut berkata pelupusan penglibatan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang merupakan bukan teras akan dapat mewujudkan peluang perniagaan kepada syarikat Bumiputera.

Dalam majlis yang sama, Najib turut mengumumkan 30 Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TeraS), di mana kerajaan akan mengenal pasti peluang yang khusus dari projek yang tersedia dan memberi keutamaan kepada TeraS untuk membuat bidaan, dengan syarat syarikat berkenaan mengemukakan bidaan yang berdaya saing.

Selain itu, program pemberian insentif berbentuk ekuiti yang melibatkan individu Bumiputera yang berkebolehan dan berkepakaran akan dilaksanakan, kata Najib.

Langkah itu, katanya akan menyumbang kepada peningkatan pemilikan ekuiti Bumiputera secara langsung. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan