Wasatiyah Sesuai Untuk Masyarakat Majmuk Kekalkan Keamanan, Keharmonian - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 26 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pendekatan Wasatiyah atau kesederhanaan bersesuaian dengan komposisi masyarakat majmuk di negara ini demi mengekalkan keamanan dan keharmonian yang dikecapi, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata,keamanan dan keharmonian yang dikecapi ketika ini merupakan hasil sikap sederhana rakyat Malaysia yang tidak mengamalkan budaya hidup melampau dan melanggar undang-undang.

"Pendekatan Wasatiyah boleh mendidik kita berfikir dan bertindak secara bijaksana dan berkesan. Tidak melampau atau ekstrem, tidak jumud dan tidak juga terlalu liberal selain tidak terlalu fanatik dan taksub kepada sesuatu pendapat individu dan kelompok tanpa mengambil kira fakta dan ilmu," katanya merasmikan Seminar Kebangsaan Pemahaman Wasatiyah dan 1Malaysia di sini, Sabtu.

Kepentingan konsep Wasatiyah yang menekankan amalan kesederhanaan dalam menjayakan keamanan dan kesejahteraan turut dibangkitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap di Hawaii pada 14 November lepas, yang menyatakan bagaimana kejayaan model Malaysia yang berasaskan pengamalan kesederhanaan di kalangan rakyat berbilang kaum, bahasa dan agama.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata sikap fanatik dan taksub akan menyebabkan seseorang itu menutup fikiran mereka daripada menerima sebarang maklumat daripada pihak yang tidak mereka senangi.

Beliau berkata, golongan yang melampau juga akan memperlihatkan sifat berprasangka buruk kepada pihak lain, memandang serong dengan pandangan sinis, menyembunyikan kebaikan dan pada masa yang sama memperbesarkan kesilapan orang lain.

"Pendekatan Wasatiyah yang ingin kita jayakan mempunyai ciri-ciri unggul, merupakan pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara yang bersifat menyeluruh berasaskan ajaran Islam yang diamalkan secara sederhana serta berimbang," katanya.

Beliau berkata, gagasan 1Malaysia yang membawa nilai-nilai aspirasi seperti budaya berprestasi tinggi, ketepatan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi turut diterap dan dibudayakan dengan konsep kesederhanaan.

Muhyiddin berkata, matlamat akhir pendekatan Wasatiyah masih tidak lari daripada usaha mempertingkatkan kualiti hidup ummah, sama ada daripada segi penguasaan ilmu pengetahuan, pembangunan insan, sistem ekonomi dan kewangan, perpaduan, pertahanan, kenegaraan dan sebagainya.

Mengenai seminar yang diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2011 yang membuka tirainya Selasa depan, Muhyiddin berharap ia dapat menyemarakkan lagi konsep Wasatiyah, satu pendekatan yang sangat dituntut dalam Islam, agar dapat dipraktikkan dalam segenap sudut kehidupan.

"Apa yang penting ialah penghayatan konsep Wasatiyah perlu disuburkan sebagai pedoman utama pelaksanaan Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Inilah falsafah dan formula yang merealisasikan aspirasi negara dalam mencapai Wawasan 2020," katanya.

Seminar yang menampilkan bekas Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Datuk Dr Syed Ali Tawfiq Al-Attas dan Profesor Pengajian Global, Universiti Sains Malaysia Dr Chandra Muzaffar bertujuan menghurai pendekatan Wasatiyah dan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri.

Ia juga bermatlamat mencari metodologi terbaik bagi menerapkan kedua-dua pendekatan itu sebagai amalam harian, dan menggarap maklum balas untuk menambahbaik pelaksanaannya bagi melahirkan umat yang terbaik.

Kira-kira 1,200 peserta daripada kalangan pelajar, badan bukan kerajaan, ahli akademik dan individu hadir pada seminar, Sabtu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan