Urus Isu Kecil Sebelum Mimpi Tadbir Putrajaya - Perwakilan PKR - Berita Semasa | mStar

Urus Isu Kecil Sebelum Mimpi Tadbir Putrajaya - Perwakilan PKR

Diterbitkan: Sabtu, 26 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Wakil rakyat dan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditegur agar belajar menguruskan isu parti terlebih dahulu sebelum mengimpikan untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat di Putrajaya.

Perwakilan Kedah, Dr Azman Ismail berkata, sekiranya isu-isu kecil diperingkat bawahan gagal diuruskan dengan baik, beliau meragui kemampuan parti itu untuk menerajui sebuah negara.

"Perkara paling mudah ialah isu telefon dan sms (sistem khidmat pesanan ringkas). Kalau wakil rakyat tak tahu nak uruskan inbox sms yang selalu penuh...macam mana nak uruskan pentadbiran di Putrajaya?

"Kalau inbox asyik penuh, rakyat hantar sms pun tak sampai. Aduan rakyat selalu tak dapat, ini bukan contoh yang baik," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Nasional PKR ke-8 di sini, Sabtu.

Menurut Dr Azman yang juga Ketua Cabang PKR Kuala Kedah, tegurannya itu mungkin dianggap terlalu remeh, namun ia memberi implikasi besar kepada kepercayaan rakyat dalam memilih calon parti itu sebagai wakil rakyat pada PRU akan datang.

"Memang isu ini kecil, tapi kalau sikap dan perangai begini ditonjolkan, rakyat akan bosan dengan pemimpin seperti ini," katanya.

Dalam pada itu Dr. Azman turut menasihatkan agar wakil rakyat PKR mengikuti kursus komunikasi bagi meningkatkan kebolehan berkomunikasi terutama untuk mendekati rakyat.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan