Pilih Pemimpin Yang Boleh Jamin Kesejahteraan Rakyat - Kimma

Diterbitkan: Sabtu, 26 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Bagi memastikan kestabilan ekonomi dan politik negara terus dikekalkan, rakyat perlu memilih pemimpin yang tepat, kata Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Kebangsaan Senator Datuk Syed Ibrahim Kader.

Beliau berkata, ketika ini masyarakat sepatutnya sudah boleh mengenal pasti pemimpin yang boleh memperjuangkan hak mereka.

"Rakyat boleh menilai pemimpin yang tepat berdasarkan pembentangan bajet dan dasar-dasar kerajaan yang telah dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan peserta program Kembara 1Malaysia KIMMA di sini, Sabtu.

Mengenai program kembara itu, beliau berkata, ia diadakan bertujuan mengedarkan bahan percetakan dan risalah mengenai dasar kerajaan daripada Jabatan Hal Ehwal Khas, Jabatan Penerangan, Umno, Barisan Nasional dan Biro Tata Negara (BTN) kepada orang ramai.

Katanya, sebanyak 50,000 risalah diedarkan kepada orang ramai hari ini.

"Diharapkan dengan adanya usaha sebegini rakyat akan lebih memahami usaha-usaha yang telah dan bakal dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan kepentingan rakyat terbela," katanya.

Setakat ini sebanyak 230,000 bahan percetakan dan risalah telah diedarkan menerusi program kembara itu di tujuh negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang, katanya.

Program kembara yang akan menjelajah ke seluruh negara itu dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 16 November lepas dan akan berakhir pada 28 November ini di Kulim, Kedah. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan