Penilai Ketiga Akan Mengesahkan Laporan Awal Status Kawasan Parlimen BN

Diterbitkan: Sabtu, 26 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) menggunakan khidmat penilai pihak ketiga bagi mengesahkan laporan penilaian awal mengenai status kawasan pilihan raya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, khidmat penilai berkenaan, yang merupakan badan bebas, penting bagi memastikan laporan yang disediakan oleh pihak-pihak berkaitan kepada pucuk pimpinan parti, adalah tepat bagi menghadapi Pilihan raya Umum Ke-13.

"Saya tidak kata fakta yang disampaikan oleh Umno atau BN itu tidak betul tetapi kadang-kadang ada kelainan, jadi kita kena sahkan. Kita amat teliti, kita nak dapat kepastian (dan) betul berdasarkan fakta.

"Kalau saya hantar jentera parti lain, dia mungkin buat pertimbangan hampir sama kerana kadang-kadang dia berpakat. Kena ada pasukan lain, yang bebas, yang tidak diketahui untuk membuat perbandingan," katanya dalam sidang media khas menjelang Perhimpunan Agung Umno 2011 pada minggu depan di pejabatnya di sini, Jumaat.

Muhyiddin berkata, sebelum ini, beliau sudahpun mengadakan pertemuan dengan pemimpin komponen BN dan bahagian-bahagian Umno terpilih bagi mendapatkan gambaran berhubung kawasan masing-masing.

Katanya, selepas ini beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi-pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri bagi mendapatkan penilaian tentang negeri masing-masing untuk mendapatkan gambaran sebenar.

"Dia boleh kata, bahagian saya ok Tan Sri, saya boleh dapat (sokongan) sekurang-kurangnya 65 peratus Melayu...betul atau tidak. Tetapi saya akan lihat (misalnya) Johor 26 kawasan Parlimen, 56 kawasan negeri...macam mana DU N(kawasan Dewan Undangan Negeri), macam mana (kawasan) Parlimen, kita ambil kira itu.

"Kita tidak boleh main-main. Kalau kita betul nak mengharungi pilihan raya ini dengan berjaya, kita kena fokus," katanya.

Muhyiddin berkata, beliau lebih berminat sekiranya bacaan bagi status sesuatu kawasan berdasarkan keseluruhan pengundi di tempat berkenaan berbanding hanya menggunakan responden dengan jumlah yang kecil.

Timbalan Perdana Menteri berkata, parti sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 walaupun bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan masih awal untuk mengadakannya dalam waktu terdekat.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata terserah kepada pembangkang sama ada untuk membubarkan DUN secara serentak jika kerajaan membubarkan Parlimen sambil menegaskan BN sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan itu.

"Bagi kami, dia (pembangkang) nak bubar sama ke, tak bubar sama pun, bagi saya, kita (BN) akan hadapi. Mungkin ada baik juga kalau dia tak bubar bersama ataupun kalau bubar bersama, kita sudah ada pengalaman," katanya.

Beliau berkata, pendirian yang berbeza di kalangan negeri-negeri pembangkang berhubung pembubaran DUN itu menunjukkan mereka tidak sepakat dan tidak tahu menilai sama ada ia memberi keuntungan kepada mereka atau sebaliknya jika DU Ndibubarkan serentak dengan Parlimen.

Sementara itu, Muhyiddin mengingatkan anggota dan pemimpin Umno supaya tidak mengulangi tindakan mensabotaj calon yang dipilih pucuk pimpinan parti sehingga menyebabkan parti itu kalah seperti yang berlaku pada pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata, pada pilihan raya berkenaan, kekalahan BN bukan disebabkan pembangkang kuat sebaliknya berpunca daripada masalah dalaman itu yang menyebabkan calon parti kalah.

"Jadi, bila disuarakan jangan sabotaj, itu bermakna pengalaman lepas itu jangan berulang lagi, lebih-lebih lagi kerana kita anggap pilihan raya yang kita akan hadapi akan datang ini, orang kata "mother of all elections - ibu bagi segala pilihan raya umum" kerana situasi pilihan raya sekarang berbeza sekali dengan pilihan raya lepas.

"Contoh dan iktibar yang berlaku di negeri-negeri yang kita kalah harus menyedarkan orang Melayu yang ada dalam Umno bahawa kita tidak boleh bermain dengan api dalam situasi sebegini.

"Jadi bila kita katakan jangan sabotaj, bukan setakat jangan sabotaj, jangan tak sokong. Lebih daripada soal itu, kita hendak supaya mereka bekerja keras, kalau nak mempertahankan kuasa politik kita dan kekalkan kita dalam kerajaan," katanya.

Muhyiddin turut mengingatkan pemimpin dan anggota Umno supaya bekerja lebih keras kerana pilihan raya umum akan datang sudah pasti menjadi pilihan raya yang paling sengit.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan