Malaysia Dipilih Semula Anggotai Majlis IMO - Berita Semasa | mStar

Malaysia Dipilih Semula Anggotai Majlis IMO

Diterbitkan: Sabtu, 26 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia dipilih untuk kali keempat berturut-turut menganggotai majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO), kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, Malaysia mendapat 120 undi daripada 155 negara yang layak mengundi untuk menduduki majlis 20 anggota bagi Kategori C itu, yang diperuntukkan kepada negara yang mempunyai kepentingan maritim dan pelayaran untuk penggal 2012-2013.

"Ini pencapaian besar bagi Malaysia kerana ia dipilih semula untuk kali keempat berturut-turut. Ia juga menunjukkan negara anggota berpuas hati dengan prestasi kita sepanjang menganggotai majlis itu," katanya dalam mesej yang dihantar menerusi SMS kepada Bernama dari London.

Kong mengucapkan terima kasih kepada seluruh anggota pasukan petugas kempen kerana menjalankan tugas mereka dengan begitu tekun. Delegasi Malaysia ke perhimpunan itu, yang diketuai Kong, dianggotai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom dan Ireland Utara Datuk Seri Zakaria Sulong serta beberapa pegawai dari Kementerian Pengangkutan.

Anggota Kategori C majlis itu pula terdiri daripada Singapura, Bahamas, Indonesia, Thailand, Australia, Kenya, Cyprus, Belgium, Turki, Maghribi, Filipina, Liberia, Chile, Jamaica, Malaysia, Malta, Afrika Selatan, Mesir, Mexico dan Denmark.

Negara yang dilantik sebagai anggota baru untuk Kategori A majlis itu, yang merupakan 10 negara yang mempunyai paling banyak kepentingan dalam penyediaan perkhidmatan perkapalan antarabangsa, ialah China, Panama, Greece, Korea Selatan, Itali, Rusia, Jepun, United Kingdom, Norway dan Amerika.

Anggota Kategori B majlis itu, yang merupakan 10 negara paling banyak memiliki kepentingan dalam perdagangan antarabangsa melalui laut, terdiri daripada Argentina, Jerman, Bangladesh, India, Brazil, Belanda, Kanada, Sepanyol, Perancis dan Sweden. Pemilihan anggota majlis itu adalah antara acara penting pada perhimpunan agung IMO, yang diadakan setiap dua tahun. Perhimpunan itu, antara lain, membuat keputusan berhubung dasar dan arah tuju IMO serta meluluskan aktivitinya.

IMO adalah sebuah agensi khusus Pertubuhan Bangsa Bersatu yang bertanggungjawab bagi keselamatan perkapalan dan pencegahan pencemaran maritim oleh kapal. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan