Kementerian Kewangan Kaji Penubuhan Wakaf Korporat

Diterbitkan: Sabtu, 26 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kementerian Kewangan sedang mengkaji mengenai penubuhan wakaf korporat yang dicetuskan oleh Yayasan Iqra bagi mencapai objektif penubuhannya untuk meningkatkan ekonomi umat Islam di negara ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, satu mesyuarat berhubung perkara itu telah diadakan bersama Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Iqra, Datuk Seri Idris Jusoh baru-baru ini.

"Kita (kementerian) telah berbincang antaranya mengenai penstrukturan penubuhan wakaf korporat. Kita mahukan badan ini berfungi dan dapat direalisasikan dengan jayanya," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat perniagaan tahun lepas dan sumbangan Agrobank Perak, Sabtu.

Beliau berkata, wakaf korporat dapat berfungsi sebagai entiti untuk mendapatkan dana melalui aktiviti dan instrumen Islam lain untuk diwakafkan kepada umat Islam.

Wakaf Korporat akan menjadi instrumen modal teroka dan pelaburan baru bagi memperkasakan ekonomi umat Islam.

"Ekonomi umat Islam akan terjamin malahan banyak kemudahan dan kebajikan umat Islam akan dilaksanakan," katanya.

Mengenai majlis itu, beliau berkata Agrobank mula melaksanakan pembayaran zakat perniagaan sejak 2010 dengan jumlah keseluruhan RM1.8 juta dan hari ini secara berperingkat, sejumlah RM122,760 zakat perniagaan akan diserahkan kepada negeri Perak.

"Daripada jumlah itu sebanyak RM78,138 akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan adat Melayu Perak dan RM44,622 akan diserahkan kepada Yayasan Pembangunan Bumiputera Tambun untuk diserahkan kepada asnaf miskin di bawah Parlimen Tambun," katanya.

Ahmad Husni yang juga Anggota Parlimen Tambun berkata, sumbangan zakat itu diharap dapat membantu golongan kurang berkemampuan bagi menampung keperluan hidup mereka dan juga membantu meningkatkan kualiti hidup. "Program yang dilaksanakan oleh Agrobank ini dapat dijadikan contoh kepada syarikat-syarikat korporat yang lain agar turut menyumbangkan sesuatu bersama-sama dengan kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat amnya," katanya.

Pembayaran zakat Agrobank telah dilaksanakan di beberapa buah negeri bermula dengan Wilayah Persekutuan, diikuti Johor, Selangor, Kedah, Melaka, Perlis dan Perak. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan