Azmin Akui Pembangkang Hadapi Krisis Berebut Kerusi Di Johor

Diterbitkan: Sabtu, 26 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mengakui bahawa parti itu masih berhadapan dengan kemelut perebutan kerusi antara PAS dan DAP di Johor dalam meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Menurut beliau hingga kini ketiga-tiga parti itu masih belum mencapai kata putus berhubung 'hak' bertanding di beberapa kerusi yang menjadi tumpuan pakatan pembangkang itu.

Jelas Mohamed Azmin, pertikaian berhubung parti mana yang lebih layak bertanding itu berlaku sama ada di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Mungkin dalam satu dua minggu ini saya sendiri akan turun ke Johor untuk bersama-sama dengan pemimpin DAP dan PAS bagi melihat kaedah untuk menyelesaikan kerusi-kerusi yang bertindih.

"Jumlahnya kecil sahaja...kurang daripada sepuluh peratus," katanya kepada mStar Online ketika ditemui selepas majlis perasmian Kongres Nasional PKR ke-8 di sini, Sabtu.

Bagaimanapun Mohamed Azmin yakin bahawa kemelut berkenaan boleh diatasi selewat-lewatnya hujung tahun ini.

"Kita perlu memuktamadkan secepat mungkin kerana kita menjangkakan pilihan raya sudah semakin hampir.

"Ianya penting untuk jentera kita tumpu di kawasan-kawasan yang akan diwakili parti masing-masing," katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata, pembangkang meletakkan harapan yang tinggi untuk merampas Johor pada PRU-13 bagi mengulangi kejayaan mentadbir Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan pada pilihan raya lalu.

"InsyaAllah berkat kerja kuat dan sokongan rakyat saya tak nampak sebarang masalah walaupun Johor pernah dilihat sebagai deposit tetap Umno, tapi ini bukan alasan untuk tidak berlaku perubahan," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan