Umno Bukan Jaguh Kampung

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menjelang perhimpunan agung kali ke-62 minggu depan, Umno percaya sokongan terhadap parti tersebut tidak terbatas kepada pengundi di luar bandar sahaja seperti didakwa sesetengah pihak.

Kalangan pemimpin Umno berpendapat walaupun beberapa pilihan raya kecil yang lepas menyaksikan Barisan Nasional (BN) kalah di kawasan bandar, seperti Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang, banyak kalangan di bandar yang masih yakin dengan kemampuan Umno dan BN mentadbir negara dengan baik dan adil.

Tanggapan mengenai kurangnya sokongan di bandar wujud berdasarkan keputusan 16 pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008 yang menyaksikan masing-masing lapan kerusi dimenangi BN dan pembangkang.

Umno, yang bertanding atas tiket BN di tiga kawasan Parlimen iaitu Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang kecundang di ketiga-tiga kerusi itu.

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri, Umno bertanding tujuh daripada 10 kerusi yang dipertandingkan dan menang lima daripadanya iaitu di Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau.

Mungkin Galas dan Kerdau boleh dianggap sebagai kerusi di kawasan pedalaman tetapi tidak bagi kerusi Tenang di bandar Labis, Bagan Pinang di kawasan pusat pelancongan Port Dickson dan juga Merlimau, yang terletak berhampiran dengan bandaraya Melaka.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyangkal persepsi sedemikian dan menjelaskan sokongan tidak harus dilihat mengikut kawasan yang dimenangi semata-mata.

"Kita tidak boleh nafikan bahawa masyarakat Cina (di bandar) menyokong kita. Ada yang memberikan sokongan kepada BN dan Umno, tetapi mungkin peratusannya tidak begitu besar sehingga boleh menguatkan kejayaan kita," katanya kepada Bernama.

Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata oleh kerana itu, BN perlukan calon yang boleh diterima oleh masyarakat baik di luar bandar tetapi juga di bandar.

Beliau juga yakin sikap pengundi akan berubah yang boleh membantu Umno memenangi semula kawasan yang gagal dimenangi pada pilihan raya lepas.

"Ini kerana saya yakin bahawa pengundi di bandar dan luar bandar mahu melabur dalam masa depan yang baik dan menyakini bahawa BN dan Umno mampu mengurus tadbir masa depan dengan lebih baik lagi," katanya.

Ketua Umno Bahagian Cheras Senator Datuk Syed Ali Al-Habshee berkata persepsi itu adalah tidak benar kerana orang Melayu di bandar tetap menyokong Umno tetapi mereka tidak tampil secara terbuka.

"Berdasarkan peratusan undi, ada peningkatannya. Mereka bersikap memerhati dari jauh tetapi tidak menolak perjuangan Umno. Mereka mengharapkan bantuan dari Umno jadi inilah yang dilakukan oleh Umno Cheras," katanya.

Syed Ali yang juga Setiausaha Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan berkata senario sekarang menunjukkan pengundi Melayu di bandar memihak kepada Umno dan kerajaan setelah muslihat politik pembangkang semakin terbongkar.

Mengambil contoh Cheras, katanya, kerusi itu sememangnya bukan tempat Melayu dan Umno membantu semua kaum yang memerlukan di kawasan itu.

"Kita ada rekod bantuan yang kita hulurkan. Semua kaum datang minta pertolongan kita, jadi tak timbul soal Umno ditolak di kawasan bandar seperti Cheras ini?"

Katanya, pertolongan yang dirujuk kepada Umno Cheras juga tidak ditolak, tanpa mengira mereka yang memohon bantuan itu daripada kaum mana sekalipun.

Jadi, Umno perlulah bersiap sedia dan meningkatkan usaha dari sekarang untuk menawan hati pengundi tidak kira di bandar mahupun luar bandar, tambahan pula pilihan raya umum dijangka semakin hampir. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan