Taib Mahu Jumpa Pemimpin Tertinggi SPDP Sebelum Ulas Pemecatan Entri

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau mahu berjumpa dengan pemimpin tertinggi Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) terlebih dahulu sebelum memberi sebarang komen berhubung krisis yang melanda parti itu.

"Tunggu dulu (komen), saya perlu berjumpa dengan pemimpin tertinggi dalam SPDP," kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak itu kepada pemberita selepas majlis Pertandingan Akhir Bintang Kecil 2011 Kebangsaan di Auditorium P.Ramlee di sini Jumaat.

Naib Presiden SPDP Datuk Sylvester Entri dipecat daripada parti itu kerana kesalahan menentang parti, demikian diumumkan oleh Presiden SPDP Tan Sri William Mawan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi SPDP di ibu pejabat parti itu Jumaat.

Empat pemimpin yang menyokong Entri terdiri naib presiden kanan dan Adun kawasan Tasik Biru, Datuk Peter Nansian, naib presiden dan Anggota Parlimen Mas Gading, Datuk Dr Tiki Lafe, ketua penerangan yang juga Adun Batu Danau, Paulus Palu Gumbang, dan anggota majlis tertinggi parti dan Adun kawasan Bekenu, Rosey Yunus, dianggap tidak lagi memegang jawatan parti.

Mesyuarat itu juga menetapkan bahawa Dr Tiki tidak akan dicalonkan semula untuk bertanding di Mas Gading kerana beliau bukan daripada kalangan calon "boleh menang". - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan