Polis Akan Ambil Keterangan ADUN Komtar Berhubung Dakwaan Menghina

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Polis akan mengambil keterangan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar Ng Wei Aik berhubung laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita terhadap wakil rakyat itu yang didakwa menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap suaminya.

Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkata polis juga akan memanggil beberapa saksi lain untuk direkodkan keterangan mereka.

"Satu kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat, kita akan panggil mereka yang terbabit dengan kejadian itu termasuk Adun berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Program Hari Bertemu Pelanggan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pulau Pinang di sini Khamis.

Peniaga barangan lusuh, Sarimah Packeer Mohamed, 43, semalam membuat laporan polis mendakwa Ng telah mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina suaminya seorang warganegara Bangladesh di hadapan orang ramai ketika membuat lawatan ke kawasan kebakaran rumah kedai di Jalan Gudwara di sini Rabu.

Sarimah dan suaminya yang merupakan antara tiga mangsa kebakaran itu mendakwa mereka telah dicemuh dan dihina oleh seorang wakil rakyat DAP dan menuduh mereka sebagai pengkhianat negara dan penyebab berlakunya kebakaran itu.

Ayub turut mengesahkan polis ada menerima laporan yang dibuat oleh suami Sarimah yang mendakwa diugut bunuh oleh dua lelaki yang tidak dikenali petang Rabu.

"Dalam laporan itu, dia mendakwa didatangi dua lelaki dengan memakai topi keledar wiser dan mengugut akan membunuhnya dan mangsa yang bimbang dengan keselamatannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu," katanya.

Katanya polis juga menyiasat sama ada ugutan bunuh itu mempunyai kaitan dengan laporan polis yang dibuat isterinya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan