Monorel Melaka Kembali Beroperasi

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memberi kebenaran kepada pengendali perkhidmatan Monorel Melaka, Menara Taming Sari Berhad untuk menyambung semula operasi bermula semalam. Kebenaran untuk menyambung semula operasi diberikan setelah pihak SPAD berpuas hati dengan pengendali yang dapat memenuhi syarat-syarat berkaitan tahap keselamatan monorel tersebut.

Untuk rekod, SPAD telah mengeluarkan arahan kepada Monorel Melaka untuk menghentikan operasi pada 5 November lalu bagi memberi peluang kepada syarikat pengendali tersebut untuk melakukan kerja-kerja teknikal berkaitan isu keselamatan.

Tempoh masa yang telah diberikan adalah selama 30 hari. “Melalui pemeriksaan dari jurutera SPAD pada 23 November lalu, keseluruhan keperluan aspek keselamatan telah disediakan dan diperkukuhkan dengan mengambil masa tidak sampai tempoh 30 hari yang diberikan," kata Ketua Pegawai Operasi SPAD, Azhar Ahmad dalam satu kenyataan.

Ini bermakna, perkhidmatan Monorel Melaka akan dapat kembali beroperasi seperti biasa bermula semalam, katanya lagi. SPAD adalah badan berkanun yang dipertanggungjawabkan antara lain untuk menyediakan pengangkutan awam darat yang selamat untuk digunakan.

Ini termasuklah meningkatkan keyakinan para pengguna sama ada dari kalangan rakyat tempatan atau pelancong asing di dalam aspek keselamatan pengangkutan awam darat.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan