Mangsa Banjir Kelantan Meningkat 1,892

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,892 orang pagi Jumaat, berbanding 1,420 malam Khamis ekoran hujan berterusan yang mengakibatkan kawasan rendah terus dinaiki air.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata Pasir Mas kekal menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 16 buah pusat pemindahan dibuka di daerah itu setakat ini.

"Jumlah pusat pemindahan yang dibuka (di seluruh negeri) semakin bertambah daripada 28 buah malam tadi kepada 32 buah pagi ini," katanya.

Beliau berkata paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang, berada pada paras bahaya manakala laluan di Machang, Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat masih ditutup kepada lalu lintas.

Di Machang, laluan yang ditutup ialah Jalan Machang-Pangkal Meleret-Wakaf Bata; di Pasir Mas membabitkan Jalan Pohon Tanjung-Meranti, Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram dan Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu; manakala di Tanah Merah jalan yang ditutup ialah Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh.

Di Tumpat pula, tiga laluan yang ditutup ialah di Km 3 Jalan Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti, Km 2 Jalan Keselamatan (Kesban)-Pengkalan Kubor - Kampung Jambu dan Km 3 Jalan Pohon Tanjung-Pasir Pekan.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan berkurangan kepada 1,236 pagi Jumaat berbanding 2,404 orang petang Khamis.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Terengganu berkata enam daerah yang masih dilanda banjir ialah Besut, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang, dan Setiu.

Di PAHANG, 11 orang dari dua keluarga di Kampung Chendor Baru dekat Cherating yang dipindahkan akibat banjir sejak Khamuis, masih ditempatkan di pusat pemindahan.

Mereka yang terdiri daripada enam lelaki, empat wanita dan seorang kanak-kanak perempuan ditempatkan di Balai Raya Kampung Chendor.

Menurut jurucakap bilik gerakan polis rumah mereka masih ditenggelami air pada paras 0.5 meter. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan