Mangsa Banjir Di Kelantan Menurun Kepada 1,817 Orang

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan petang ini sedikit reda apabila jumlah mangsa yang dipindahkan berkurangan kepada 1,817 orang dari 502 keluarga petang ini berbanding 1,892 orang pagi Jumaat.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata jumlah pusat pemindahan yang dibuka juga berkurangan kepada 22 berbanding 32 pagi Jumaat.

"Sehingga petang ini, lima pusat pemindahan di daerah Kuala Krai dan Machang telah pun ditutup menjadikan hanya enam daerah lagi yang masih terlibat dengan bencana banjir.

"Daerah Pasir Mas masih mencatatkan jumlah pusat pemindahan paling banyak iaitu 11," katanya.

Beliau memberitahu sehingga kini hanya sungai utama di Kelantan, iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang, masih berada pada paras bahaya.

Jurucakap itu berkata jumlah laluan yang ditutup juga berkurangan kepada enam berbanding lapan pagi tadi.

Laluan yang masih ditutup kepada semua kenderaan ialah di Machang iaitu Jalan Machang-Pangkal Meleret-Wakaf Bata; di Pasir Mas iaitu Jalan Pohon Tanjung-Meranti, Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram; di Tanah Merah iaitu Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh; dan di Tumpat iaitu Jalan Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti.

"Hanya satu laluan ditutup kepada kenderaan ringan, juga di Tumpat membabitkan Jalan Pohon Tanjung-Pasir Pekan.

Di KUANTAN, dua keluarga dari Kampung Chendor Baru, dekat Cherating di sini yang menjadi mangsa pertama di Pahang yang dipindahkan akibat banjir sejak Khamis, masih ditempatkan di pusat pemindahan mangsa banjir. Jurucakap bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang berkata, sehingga 4 petang ini, dua keluarga terbabit yang terdiri daripada enam lelaki dewasa, empat wanita dan seorang kanak-kanak perempuan, berusia antara 11 hingga 63 tahun masih berada di pusat pemindahan banjir di Balai Raya Kampung Chendor.

"Keadaan banjir di kawasan rumah mereka setinggi 0.5 meter itu belum pulih sepenuhnya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

"Berdasarkan pemantauan, empat sungai utama di Pahang juga telah kembali mencatatkan bawah paras bahaya," katanya, sambil menambah semua penduduk di kawasan berdekatan sungai dan kawasan rendah diminta berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca mendung. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan