Kabinet Arah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman Dilihat Semula?

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri pada Jumaat, khabarnya telah mengarahkan agar Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang dibentang di parlimen Selasa lalu dilihat semula.

Tugas dan tanggungjawab tersebut difahamkan telah diserah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Tan Sri Aziz.

Beberapa edisi petang akhbar berbahasa Mandarin telah memetik sumber-sumber sebagai berkata, bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu supaya rang itu dilihat semula agar ia dapat diperkemaskan.

Ini kerana adalah difahamkan, ketika rang undang-undang itu dibawa ke mesyuarat kabinet, Najib berada di luar negara.

Sumber-sumber yang dipetik itu memberitahu, dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung petang tadi, Najib telah mengemukakan beberapa cadangan untuk menambaik rang undang-undang itu lagi.

Walaupun rang undang-undang itu dijadualkan untuk dibahas di sidang Dewan Rakyat Selasa depan tetapi beberapa pengubahsuaian masih boleh dilakukan apabila dibahaskan di peringkat jawatankuasa.

Adalah difahamkan, di antara perkara yang akan diperkemaskan semula ialah berkaitan soal keperluan penganjur memaklumkan kepada polis hasrat mereka untuk berhimpun 30 hari lebih awal dari tarikh perhimpunan diadakan.

Ada kemungkinan, jangka masa tersebut dikurangkan kepada hanya 10 hari sahaja.

Namun begitu, adalah difahamkan bahawa Jemaah Menteri tidak berganjak dengan cadangan untuk tidak membenarkan perhimpunan aman dilangsungkan di atas jalan raya.

Kerajaan pada Selasa membentangkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 bagi memberi hak kepada rakyat untuk menganjur dan menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata.

Rang Undang-undang berkenaan dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Nazri di Dewan Rakyat.

Menerusi Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, dinyatakan hak penganjuran dan penyertaan berhimpun secara aman dengan tertakluk kepada sekatan tertentu demi kepentingan negara dan ketenteraman awam.

Bagaimanapun cadangan akta berkenaan tidak terpakai bagi sesuatu perhimpunan membabitkan kempen pilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta perhimpunan mogok, sekat masuk atau piket di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Akta baru itu turut dengan tegas menyatakan seseorang penganjur akan didapati bersalah sekiranya menganjurkan perhimpunan di mana-mana kawasan larangan dalam jarak 50 meter had tempat larangan.

Individu berumur di bawah 21 tahun serta kanak-kanak berusia di bawah 15 tahun juga tidak dibenarkan menyertai perhimpunan kecuali yang membabitkan perhimpunan keagamaan, adat, perarakan pengebumian serta perhimpunan yang diluluskan Menteri.

Masyarakat bukan warganegara juga adalah dilarang menyertai perhimpunan di bawah akta ini.

Berdasarkan akta baru itu juga memberi kuasa Ketua Polis Daerah bagi sesuatu tempat penganjuran itu untuk mengenakan sekatan tertentu bagi tujuan keselamatan dan ketenteraman awam.

Bagi individu yang melanggar sekatan dan syarat yang ditetapkan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000.

Akta ini juga memberi kuasa kepada polis untuk mengeluarkan arahan bersurai menggunakan kekerasan yang munasabah sekiranya sesuatu perhimpunan itu menyalahi peraturan.

Kesalahan bagi peraturan itu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000.

Sekiranya rang undang-undang ini diluluskan, pihak polis juga diberikan kuasa menangkap (tanpa waran) ke atas penganjur dan peserta yang melakukan kesalahan melanggari akta tersebut.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan