Dua Keluarga Masih Ditempatkan Di Pusat Pemindahan Pahang

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Sebelas orang daripada dua keluarga dari kampung Chendor Baru, dekat Cherating, yang menjadi mangsa pertama di Pahang yang dipindahkan akibat banjir sejak Khamis, masih ditempatkan di pusat pemindahan mangsa banjir.

Menurut jurucakap bilik gerakan ibu pejabat polis Pahang, mereka terdiri enam lelaki dewasa, empat wanita dan seorang kanak-kanak perempuan masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Balai Raya Kampung Chendor.

"Keadaan banjir di kawasan rumah mereka yang dinaiki air 0.5 meter itu masih belum pulih sepenuhnya," katanya.

Jurucakap itu berkata empat sungai utama di Pahang juga telah kembali mencatatkan paras normal.

Bagaimanapun semua penduduk yang berada di kawasan berdekatan sungai dan kawasan rendah diminta berjaga-jaga memandangkan cuaca diramal mendung dan hujan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan