Umno Selangor Bawa Isu Perpaduan Pada Perhimpunan Agung

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANJONG KARANG: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar pada Khamis berkata Umno Selangor akan membangkitkan isu perpaduan pada perhimpunan agung parti tahun ini.

"Kita akan bawa isu bagaimana mengukuhkan lagi perpaduan dalam parti untuk memenangi pilihan raya umum akan datang," katanya ketika ditanya agenda yang akan diketengahkan Umno Selangor pada perhimpunan tahunan parti bermula 29 November hingga 3 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Bercakap kepada wartawan selepas menyerahkan bantuan awal khas persekolahan untuk pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Burong di sini, Noh berkata sayap-sayap Umno iaitu Pemuda dan Puteri telah diarah untuk memperbanyakkan lagi aktiviti di peringkat bahagian dan cawangan masing-masing sebagai strategi untuk menarik pengundi muda ke arah Barisan Nasional.

"Mereka kena banyak buat program kesukaan orang muda, bukan program mengikut selera pemimpin," katanya.

Bagi bahagian Tanjong Karang yang diterajui beliau, Pemuda Umno bersama badan bukan kerajaan telah menubuhkan Kelab Warisan yang dianggotai lebih 1,000 belia dengan aktivitinya menjurus kepada kegiatan bermotosikal secara sihat dan kebudayaan setempat. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan