Tuanku Mizan Tiba Ke Tanah Air Dari Antartika - Berita Semasa | mStar

Tuanku Mizan Tiba Ke Tanah Air Dari Antartika

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin selamat tiba di tanah air pagi Khamis, setelah melakukan lawatan khas ke pusat saintifik di benua Antartika selama lima hari.

Pesawat yang membawa Tuanku Mizan mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja di Subang pada pukul 6.05 pagi.

Ketibaan baginda disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Othman Mahmood dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad.

Lawatan khas baginda Antartika diiringi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, Pengerusi Badan Bertindak Antartika Akademi Sains Malaysia (ASM) Tan Sri Salleh Mohd Nor, Pengarah Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan (NARC) Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah serta petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Mohamad Mudanoran Mohamad Mushaari yang membuat liputan sepanjang lawatan tersebut.

Lawatan khas itu adalah bersempena kesertaan Malaysia ke atas Triti Antartik 1959 pada 31 Oktober lepas.

Lawatan Seri Paduka Baginda termasuk ke Pangkalan Scott dilihat dapat memperkukuhkan kerjasama penyelidikan saintifik Antartika antara Malaysia dan New Zealand di samping mengeratkan hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara.

Pangkalan Scott ialah sebuah fasiliti penyelidikan kendalian New Zeland di Antartika.

Penglibatan Malaysia berhubung benua Antartika bermula apabila Malaysia dan Antigua & Barbuda mengutarakan isu Antartika pada perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada 1983. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan