PTPTN Fleksibel Sebelum Senarai Hitam Peminjam - Berita Semasa | mStar

PTPTN Fleksibel Sebelum Senarai Hitam Peminjam

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 132,801 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah disenarai hitam sehingga 31 Ogos lalu yang melibatkan jumlah pinjaman RM2.1 bilion, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Namun beliau menjelaskan PTPTN bersifat fleksibel dalam menjalankan prosedur tuntutan semula pinjaman sebelum menyenarai hitam nama peminjam.

"Kita akan keluarkan empat notis peringatan termasuk notis tuntutan, notis peringatan pertama, notis peringatan kedua dan notis peringatan terakhir sebelum surat saman dikeluarkan oleh pihak mahkamah dan sekiranya peminjam masih gagal untuk tampil (menjelaskan pinjaman), maka tindakan senarai hitam akan dilakukan.

"Setiap notis yang dikeluarkan juga masing-masing mempunyai jarak tempoh yang agak lama bagi memberi ruang kepada peminjam memberikan maklum balas," katanya menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang ingin tahu jumlah peminjam PTPTN yang telah disenarai hitam.

Saifuddin berkata PTPTN tidak bermaksud untuk menyusahkan peminjam, tetapi masalah senarai hitam ini berlaku kerana sikap peminjam sendiri yang tidak mengambil peduli terhadap amaran yang dikeluarkan kepada mereka sebelum ini.

"Jika dilihat dari segi prosedur tuntutan semula pinjaman, ia dilakukan secara berperingkat sehingga ada kala PTPTN sendiri berhadapan dengan isu mengapa terlalu fleksibel dalam melayan karenah peminjam," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan