Petugas PWTC Ikrar Beri Perkhidmatan Terbaik

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,500 orang petugas Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Rabu, berikrar memberikan perkhidmatan terbaik kepada anggota perwakilan Umno dan petugas media sepanjang lima hari berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno 2011 mulai Selasa depan.

Ketua Pegawai Eksekutif PWTC Maxson Abdullah Jaafar berkata jumlah petugas yang berkhidmat pada perhimpunan tahun ini ditambah berbanding 1,200 orang pada tahun lepas bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada para perwakilan dan petugas media.

"Kita mempunyai petugas tetap seramai 320 orang dan pada persidangan kali ini, kita mengambil 1,200 orang petugas sementara untuk membantu memberikan perkhidmatan yang lebih baik berbanding tahun lepas.

"Berikan perkhidmatan 100 peratus dan jangan sia-siakan apa yang telah dirancang," katanya ketika berucap pada Majlis Ikrar Warga PWTC kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden Umno, di sini.

Maxson berkata setiap petugas juga perlu mengenakan lencana "Ikrar Servis Terbaik-Perhimpunan Agung Umno 2011" sepanjang perhimpunan itu dan dua pekerja terbaik untuk perkhidmatan cemerlang akan menerima hadiah RM1,500 seorang.

Bercakap dalam sidang media kemudian, Maxson berkata antara penambahbaikan yang dilakukan pada tahun ini ialah dengan menaik taraf laman media.

"Kita menyediakan laman media yang kondusif bagi keselesaan petugas media, di situ ada tempat makan, ruang bagi sidang media yang selesa dan juga pada kali ini kita ada sediakan 'headset' (alat bantu dengar) bagi petugas media untuk mendengar setiap perbahasan," katanya.

Pada perhimpunan kali ini, pihaknya akan menyediakan makanan untuk kira-kira 15,000 orang sehari melibatkan empat kali hidangan iaitu seramai 2,048 orang untuk sarapan pagi, 4,408 orang untuk makan tengah hari, 4,834 orang untuk minum petang dan 3,766 orang untuk makan malam.

"Anggaran untuk bahan mentah yang digunakan pada perhimpunan kali ini adalah 3,600kg beras, 170 tin minyak masak (setiap tin 17kg), 380kg tepung gandum, 300kg gula, 2,200 biji telur, 600kg bawang, 1.8 tan daging lembu, enam tan daging kambing, 2.5 tan ayam, dua tan ikan, 1.2 tan sotong, 2,450kg sayur dan 200kg cili boh," katanya.

Maxson berkata seramai 290 orang anggota keselamatan termasuk daripada Polis Diraja Malaysia akan membantu daripada aspek keselamatan dan memastikan kelancaran persidangan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan