Perwakilan Perlu Berhati-Hati Tidak Singgung Perasaan Kaum Lain

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota perwakilan yang berucap pada Perhimpunan Agung Umno 2011 minggu depan dinasihatkan agar tidak menyinggung perasaan kaum lain apabila membicarakan agenda Melayu.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang memberi ingatan itu pada Khamis, berkata dalam konteks gagasan 1Malaysia, agenda Melayu masih boleh dikembangkan dengan baik tanpa mengguris perasaan kaum lain yang terdapat di negara ini.

"Di sebalik luahan sentimen yang ingin kita nyatakan, jangan lupa bahawa kita dibumbungi dengan dasar 1Malaysia.

"Apabila kita beri pandangan tertentu, kita masih perlu memikirkan perasaan kaum lain yang pelbagai dalam negara ini," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Festival Seni dan Kebudayaan Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) di sini.

Ahmad berkata Umno sebagai tunjang parti Barisan Nasional perlu memberikan panduan yang bermanfaat dan dihormati oleh semua kaum.

"Tapi jangan pula kita apabila sudah bercerita tentang gagasan 1Malaysia, lantas kita tak menyentuh langsung tentang agenda Melayu, itu tak betul," katanya.

"Dalam kesemua empat sidang yang akan berhimpun, jurucakap perlu sedar dan sensitif bahawa kita berada dalam negara pelbagai kaum yang perlu panduan daripada Umno," katanya.

Seramai 5,447 perwakilan akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2011 yang akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 29 November hingga 3 Disember ini.

Mereka terdiri 2,627 perwakilan daripada 191 bahagian di seluruh negara, 944 perwakilan Wanita, 942 Pemuda dan 934 Puteri Umno. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan