Persatuan Pelajar Harap Polis Segera Tangkap Individu Terlibat Ugutan Bunuh

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) berharap polis segera menangkap individu yang membuat ugutan bunuh terhadap pelajar Malaysia di Universiti Padjadjaran (UNPAD), Bandung semalam memandangkan semua bukti mengenai perbuatan itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

Yang Dipertua PKPMI Khairul Hafidz Al-Khair Khairul Amin berkata wajah individu itu telah dikenalpasti dan polis tidak perlu melengahkan tangkapan dan seterusnya bertindak menyelesaikan kes itu.

"Pada masa yang sama, kami juga ingin mendapat jaminan daripada pihak polis tempatan mengenai keselamatan lebih 1,000 pelajar Malaysia di Universitas Padjadjaran, Bandung," katanya dalam kenyataan Rabu.

Khairul Hafidz berkata persatuan itu memandang serius terhadap ancaman yang dibuat oleh individu berkenaan dan telah membuat laporan polis sebagai langkah berjaga-jaga agar tidak berlaku perbuatan sebagaimana yang disebut dalam twitter oleh individu berkenaan.

Laporan polis itu dibuat oleh Yang Dipertua PKPMI cawangan Bandung, Haikal Ambri Rosle bersama pimpinan PKPMI cawangan Bandung.

Isnin malam lepas, selepas pasukan Garuda Muda tewas kepada pasukan Harimau Muda pada pertandingan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 di Stadium Utama, Gelora Bung Karno di sini, seorang individu telah menulis di satu akaun twitter ancaman bunuh terhadap pelajar Malaysia yang menuntut di UNPAD.

Ugutan itu yang disebarkan melalui twitter bernama "Tomorrow I will kill Malaysia student at the University of Padjadjaran".

Khairul Hafidz juga memohon agar pihak Universitas Padjadjaran menjaga keselamatan pelajar Malaysia di fakulti perubatan, perubatan gigi dan juga farmasi dan persatuan itu bersedia berbincang dengan pihak universiti berhubung perkara berkenaan.

"PKPMI Pusat telah meminta semua 16 cawangan PKPMI di seluruh Indonesia memantau keselamatan semua pelajar kita di kawasan masing-masing dan melaporkan kepada PKPMI Pusat jika berlaku sebarang ugutan, provokasi atau serangan fizikal pasca perlawanan bola sepak itu tempoh hari.

"Jika terdapat sebarang aduan, kami akan langsung menghubungi Education Malaysia Indonesia (EMI) untuk tindakan lanjut daripada pihak mereka," katanya.

Setakat ini, katanya belum ada sebarang kejadian dilaporkan oleh cawangan-cawangan persatuan itu.

"Saya ingin menegaskan bahawa hubungan kami dengan rakan-rakan dan jiran Indonesia tetap baik pasca perlawanan bola sepak antara dua negara.

"Sewaktu perlawanan kami 'bermusuh' buat sementara kerana masing-masing menyokong pasukan bola sepak kesayangan masing-masing, namun setelah perlawanan kami tetap bersahabat baik, tiada yang berubah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan