Pengurusan Lemah Punca Masalah Projek Kerajaan - PAC

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada Rabu berkata sistem pengurusan yang lemah menjadi punca kepada wujudnya kelemahan terhadap projek-projek kerajaan termasuk kontroversi Pusat Fitlot Negara kendalian National Feedlot Corporation (NFC).

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata kelemahan sistem yang digunapakai sekarang ini menimbulkan pelbagai masalah berulang setiap tahun membabitkan pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan.

"PAC dapati ini merupakan petanda bahawa sistem pengurusan kita sendiri ada masalah yang perlu dilihat semula.

"Kita perlu kaji semula adakah cara kendalian kita bersesuaian dengan kehendak semasa," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung isu NFC.

Menurut Azmi, penelitian khusus PAC berhubung isu NFC ialah mengenai aliran kewangan yang disalurkan pada 2008 seperti yang ditegur Laporan Kedua Audit Negara 2010.

"Antara faktor kelemahan ialah berhubung kelewatan pengurusan. Kelewatan yang didapati antara kementerian dan NFC ialah wang yang dikeluarkan pada 2008/2009 menerusi satu akaun khas.

"Selepas wang itu habis dikeluarkan, pada 2010 barulah perjanjian ditandatangani.

"Kelewatan seperti ini bukan sahaja berlaku kepada NFC, malah turut terjadi kepada kementerian dan jabatan lain," katanya.

Dalam pada itu Azmi berkata, PAC akan memanggil Kementerian Kewangan dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) bagi mendapatkan penjelasan mengenai kelemahan menguruskan projek kerajaan.

PAC juga akan mendapatkan penjelasan daripada NFC berhubung isu tersebut pada Januari depan.

Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini mendapati NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya selain wujud dakwaan pembelian kondominium mewah di Bangsar yang dikatakan menggunakan wang NFC.

Sejak Laporan Ketua Audit Negara 2010 dikeluarkan pada bulan lalu, pembangkang membuat beberapa dakwaan termasuk penyelewengan peruntukan kerajaan bernilai RM250 juta yang disalurkan kepada Agroscience Sdn Bhd.

Malah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sudah memulakan siasatan termasuk kemungkinan wujudnya elemen pecah amanah atau penipuan berhubung pembelian kondominium mewah bernilai RM9.8 juta yang dikatakan menggunakan wang NFC.

Kes pembelian kondominium itu dirujuk oleh polis kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ia diklasifikasikannya sebagai kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan bukannya di bawah bidang kuasa SPRM seperti yang termaktub dalam Akta SPRM (ASPRM 2009).

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan