Mangsa Banjir Kelantan Meningkat 1,420 Orang

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di beberapa pusat pemindahan sementara di Kelantan sehingga lewat malam Khamis telah bertambah kepada 1,420 orang berbanding 1,184 orang yang direkodkan petang tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata bilangan pusat pemindahan juga bertambah dengan sebuah lagi pusat dibuka, menjadikan jumlah keseluruhan 28 buah.

"Sebanyak tujuh daerah di Kelantan terjejas akibat banjir iaitu Bachok, Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Tanah Merah.

"Daripada tujuh daerah itu, Pasir Mas masih merupakan daerah yang paling teruk terjejas dengan 13 buah pusat dibuka," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini dua sungai utama di Kelantan berada di paras amaran iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard.

Laluan yang masih ditutup kepada semua kenderaan sehingga kini ialah satu laluan di Machang iaitu Jalan Machang-Pangkal Meleret-Wakaf Bata; tiga laluan di Pasir Mas iaitu Jalan Pohon Tanjung-Meranti, Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram dan Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu; manakala satu laluan ditutup di Tanah Merah iaitu Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh.

Di TERENGGANU, keadaan banjir pada keseluruhannya tidak berubah malam ini apabila jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan masih kekal iaitu seramai 2,402 orang seperti yang dilaporkan pada sebelah petang.

Terdapat 573 mangsa banjir di Besut, 112 di Hulu Terengganu, 1,540 di Setiu 166 di Kemaman dan 11 di Marang yang ditempatkan di 46 pusat pemindahan.

Paras air sungai di beberapa tempat juga dilapor melebihi paras bahaya iaitu di Besut, Setiu dan Hulu Terengganu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan