Hidup Mati Umno Di Tangan Ahli - Naib Presiden

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perwakilan harus sedar bahawa kelangsungan hidup parti itu berada di dalam tangan mereka sendiri.

Oleh yang demikian, katanya mereka wajar memberikan sokongan padu kepada kepimpinan presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menentukan arah tuju perjuangan, khususnya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Umno perlu terus mantap khususnya dalam landskap politik baru sekarang ini bagi memastikan parti dan Barisan Nasional (BN) kekal relevan, katanya dalam sidang media khas menjelang Perhimpunan Agung Umno 2011 minggu depan, di sini, Khamis.

"Umno mesti menonjol sebagai sebuah parti yang mampu memenangi hati rakyat yang disenangi. Umno mesti memberikan harapan baru kepada rakyat khususnya masyarakat Melayu," katanya.

Seperti yang pernah disarankan Perdana Menteri sebelum ini, Hishammuddin berkata Umno yang sedang mengalami perubahan perlu meletakkan calon yang mampu menang.

Hishammuddin yang juga menteri dalam negeri berkata, ini bermakna muka-muka baru yang bakal diletakkan sebagai calon pilihan raya umum nanti amat memerlukan sokongan padu setiap anggota parti termasuk mereka yang tidak terpilih dan digugurkan sebagai calon.

"Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada parti kerana dengan berbuat demikian kita akan turut membantu memperjuangkan hak dan kepentingan orang-orang Melayu," katanya.

Mengulas saranan seorang lagi naib presiden yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa perlunya parti berada dalam keadaan 'zero defect' atau sifar kelemahan sebelum pilihan raya umum, Hishammuddin berkata, ia perlu ditekankan kepada anggota dalam pelbagai aspek.

"Apabila kepimpinan telah menentukan calon, pastikan zero defect dari segi bantahan dan zero defect dari segi sokongan kepada calon yang telah dikenal pasti.

"Kedua, zero defect dari segi set minda. Jangan ingat kita boleh menang mudah. Kita kena kerja kuat dan jentera perlu mantap. Kita kena pastikan aspek-aspek tertentu yang penting dalam perjuangan kita ini dapat diberikan fokus," katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap para perwakilan selepas perhimpunan itu nanti keluar dengan satu semangat juang yang tinggi dan memastikan parti terus mendapat mandat daripada rakyat. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan