Dewan Rakyat Lulus Belanjawan 2012 Berjumlah RM232.8 Bilion

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat pada Rabu, meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 (Belanjawan 2012) berjumlah RM232.8 bilion.

Belanjawan 2012 itu diluluskan kira-kira 10.40 malam apabila bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Hanadzlah menyaksikan lebih suara menyokong.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir di Dewan Rakyat malam Rabu.

Pada 7 Oktober lepas, Najib membentangkan Belanjawan 2012 yang merangkumi RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM51.2 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Terdahulu, Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Wira Abu Seman Yusop yang menggulung perbahasan Kementerian Dalam Negeri berkata beliau akan menyemak semula sistem pengreddan jawatan dan gaji pegawai-pegawai kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata langkah itu wajar memandangkan gred gaji dan jawatan PDRM tidak disemak selama 30 tahun walaupun sistem penjawatan kakitangan kerajaan yang lain telah ditambah baik beberapa kali.

Justeru, katanya kementerian akan mengarahkan PDRM agar menyediakan kertas cadangan berkenaan penambahbaikan gred secara menyeluruh untuk dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"KDN setuju dikaji semula pengredan PDRM selaras dengan tanggungjawab berat yang dipikul. KDN akan memberi keutamaan dalam hal ini," katanya.

Abu Seman juga berkata kementerian dan JPA turut menyemak semula skim gaji dan elaun-elaun khas bagi pegawai-pegawai rendah Jabatan Penjara. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan