Amaran Hujan Lebat Peringkat Merah Dikeluarkan Di Terengganu Dan Pahang

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Amaran hujan lebat di beberapa tempat di Terengganu dan Pahang ditingkatkan dari peringkat jingga ke peringkat merah di mana hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dijangka berterusan sehingga Jumaat dan boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan malam Rabu berkata antara kawasan yang terlibat di Terengganu ialah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman serta Kuantan, Pekan, Jerantut, Maran, Bera dan Rompin di Pahang.

Amaran hujan lebat peringkat jingga pula dikeluarkan di beberapa tempat di Kelantan di mana hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dijangka berterusan sehingga Jumaat dan akan menyebabkan banjir di kawasan rendah.

Antara tempat yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.

Amaran peringkat kuning juga dikeluarkan di Kedah dan Perlis di mana hujan sekejap-kejap kadangkala lebat dijangka berterusan sehingga Jumaat dan boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah.

Kawasan terlibat ialah Padang Besar, Kangar dan Arau di Perlis manakala di Kedah ialah daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Langkawi.

Selain itu, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dengan angin kencang Timur Laut berkelajuan 50-60 km sejam (kmsj) dan ombak setinggi 4.5 meter diramal berterusan sehingga Selasa depan di perairan Kelantan, Terengganu, Samui (Kelantan dan Terengganu), Condore dan Reef North (sekitar kawasan perairan Laut China Selatan) dan Pulau Layang-layang.

Amaran sama kategori pertama dengan kelajuan angin kencang Timur Laut 40-50 kmsj dan ombak sehingga 3.5 meter juga dijangka berterusan sehingga Selasa di kawasan perairan Pulau Langkawi, Perlis, Utara Kedah, Pahang dan Johor Timur.

Tempat lain yang terlibat ialah perairan Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (Pedalamaan, Pantai Barat dan Kudat), Phuket, Tioman, Bunguran (antara Semenanjung dan Kuching), Reef South (sepanjang perairan Sarawak) dan Palawan (utara Sabah).

Jabatan Meterologi Malaysia turut memaklumkan bahawa kenaikan paras air laut dijangka berlaku di kawasan Pantai Timur Semenanjung sehingga Khamis.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan bot kecil. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan