Akta Perhimpunan Awam Lindungi Hak Semua - Najib

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Khamis meliputi hak bukan sahaja kepada penganjur dan peserta perhimpunan malah turut mengambil kira kepentingan awam dan masyarakat setempat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, pengubalan akta baru itu bakal mengawal selia perhimpunan yang diadakan di tempat awam sama ada di suatu tempat tertentu (statik) ataupun perhimpunan bergerak (perarakan).

Menurut beliau, kerajaan telah mengkaji secara mendalam kepentingan semua pihak yang bakal terlibat termasuk merujuk garis panduan amalan peringkat antarabangsa.

"Jabatan Peguam Negara telah mengkaji Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tempatan lain yang berkaitan, garis panduan dan syor-syor yang berkaitan serta norma dan amalan di peringkat antarabangsa berhubung hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata. Malah undang-undang negara lain turut dirujuk," katanya di Dewan Rakyat di sini.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 bagi bacaan kali kedua.

Antara undang-undang yang menjadi rujukan kerajaan ialah Peaceful Assembly Act 1992 (Queensland, Australia); Assembly Act 1999 (Finland); Public Order Act 1986 (United Kingdom); Assembly Act 2008 (Germany); Public Meetings Ordinance (Chapter 68) (Malta) serta Law on Assemblies (Moldova).

Selain itu rujukan lain ialah Public Assembly Act 1992 (Republic of Serbia); Public Assemblies, Parades and Protest Draft Bill (Northern Ireland) dan First Amendment Rights and Police Standards Act 2004 (District of Columbia, United States).

Dalam pada itu Najib berkata, penggubalan Rang Undang-undang Perhimpunan Awam 2011 adalah selaras dengan peruntukan Perkara 10(1)(b) dan 2(b) Perlembagaan Persekutuan.

"Walaupun perkara-perkara berkenaan tidak menyatakan secara jelas mengenai 'hak dan kebebasan orang lain' dalam mengenakan sekatan terhadap berhimpun namun demikian demi keselamatan persekutuan atau ketenteraman awam, hak orang lain harus diambil kira," katanya.

Menerusi cadangan akta itu, dinyatakan dengan jelas hak dan kebebasan orang lain iaitu hak untuk menikmati secara aman harta bendanya, hak kepada kebebasan bergerak, hak untuk menikmati persekitaran semula jadi dan hak untuk menjalankan perniagaan.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan