Tun Dr Mahathir Sokong Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan di Parlimen semalam sebagai ganti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan.

Menurut bekas Perdana Menteri akta itu penting untuk mengawal perhimpunan supaya bebas daripada unsur-unsur keganasan atau perbuatan yang membawa kerugian kepada pihak lain.

"Tujuan akta ini baik...di samping untuk mencegah pihak tertentu mengambil kesempatan di tempat tertentu agar keganasan tidak menjadi masalah kepada negara," katanya apabila diminta mengulas pembentangan Rang Undang-undang itu.

Rang Undang-undang itu yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semalam mengandungi antara lain transformasi terhadap kerangka undang-undang sedia ada berkaitan hak dalam perlembagaan untuk warga negara berhimpun dan menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata.

Dr Mahathir yang juga pengerusi Dairei Asia Sdn Bhd ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pembuatan -60°C Super Freezer antara Dairei Asia Sdn Bhd (Dairei) dan Zun Utara Industri Sdn Bhd (Zun Utara) di kawasan perindustrian Bandar Darulaman di sini Rabu, berkata kerajaan bertanggungjawab melindungi hak orang ramai.

Pada majlis menandatangani itu Dairei Asia diwakili dua Pengarah Eksekutifnya, Jiro Suzuki dan Yoshiaki Kurita manakala Zun Utara diwakili Pengarah Urusannya, Lim Hock Huat dan pengarah, Johnny Lim.

Mengenai saranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) diadakan serentak untuk menjimatkan perbelanjaan, masa dan tenaga, Dr Mahathir berkata ia adalah wajar.

Katanya mengadakan PRU secara berasingan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya membazir wang kerana ia membabitkan kos yang tinggi dan perbelanjaan kewangan negara akan meningkat.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata semalam, beliau akan menemui kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, kerajaan DAP Pulau Pinang dan kerajaan PAS Kedah dan Kelantan untuk menerangkan cadangan mengadakan PRU serentak bagi Parlimen dan DUN.

Pada 17 November lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata DUN Selangor tidak akan dibubarkan pada awal tahun depan meskipun kerajaan persekutuan membubarkan Parlimen dan hanya bersedia menyertai PRU-13 jika diadakan selepas Jun 2012.

Mengenai pendirian Menteri Besar Selangor berhubung isu itu, Dr Mahathir berkata parti lawan tidak akan puas hati jika tidak membuat masalah kepada kerajaan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan