Pembangkang Tolak Rang Undang-Undang Perhimpunan Awam

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Pakatan Pembangkang dengan tegas menolak Rang Undang-undang Perhimpunan Awam 2011 yang dibentang di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama pada Selasa.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, cadangan undang-undang baru itu dengan jelas menyekat hak rakyat di negara ini untuk mengadakan perhimpunan secara aman.

Malah beliau mendakwa rang undang-undang itu bertentangan dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum ini yang menjanjikan kebebasan terhadap rakyat menerusi pelan Tranformasi Politik.

"Ini jelas memperlihatkan satu undang-undang yang bertentangan dengan jaminan yang dibuat oleh Perdana Menteri untuk memberikan kelonggoran dan menghormati hak rakyat dalam negara demokratik.

"Walaupun Seksyen 27 (Akta Polis) dibatalkan, tapi ada beberapa syarat baru dalam perhimpunan diperkenalkan seperti notis 30 hari, kuasa mutlak polis dan rayuan hanya kepada Menteri," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Rabu.

Rang Undang-undang Perhimpunan Awam 2011 dijadual akan dibacakan kali kedua pada Khamis sebelum mula dibahaskan pada Selasa depan.

Dalam pada itu Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa agar kerajaan menarik balik rang undang-undang berkenaan.

"Kita akan jadi bahan ketawa masyarakat dunia kerana Perdana Menteri sendiri umumkan mahu lakukan pembaharuan. Tapi sekarang beliau sendiri yang akan bentangkan undang-undang ini.

"Rang undang-undang ini memperlihat sikap pemerintah yang terus menekan kebebasan dan asas demokrasi.

"Kita ambil pendirian untuk bantah keras...kita mahu undang undang ini ditarik balik," katanya.

Sementara itu Anwar berkata, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan menghantar memorandum bantahan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung Rang Undang-undang Perhimpunan Awam 2011.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan