Pembangkang Sedia Bincang Pilihan Raya Serentak

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembangkang sedia mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membincangkan rasional mengadakan Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Negeri serentak.

Bagaimanapun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya mahu suruhanjaya itu mengadakan perbincangan dengan semua kerajaan negeri dan parti politik tanpa hanya memberi tumpuan kepada negeri yang dikuasai pembangkang.

"Kita sedia berunding. Saya agak aneh, kalau nak runding, runding dengan semua kerajaan negeri. Ataupun rundingan antara Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat.

"Cara SPR bunyi macam nak runding bagi pihak Umno dan BN. Nak runding apa? Jangan runding khusus dengan negeri Pakatan Rakyat sahaja," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang akan menimbangkan kemungkinan untuk bertemu dengan pemimpin parti politik di negara ini bagi membincangkan mengenai pilihan raya serentak.

Menurut Abdul Aziz walaupun perkara itu diputuskan kerajaan negeri masing-masing, namun adalah wajar sekiranya dilakukan secara serentak bagi menjimatkan perbelanjaan dan mengelak pembaziran tenaga kerja.

Isu berkenaan timbul ekoran cadangan negeri pakatan pembangkang khususnya di Pulau Pinang dan Selangor yang berkemungkinan mahu pilihan raya berasingan dilakukan di negeri terbabit.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyatakan DUN Selangor tidak akan dibubarkan sekali pun Kerajaan Pusat bertindak membubarkan Parlimen pada Januari depan bagi memberi laluan kepada PRU13.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan