Pegawai Penyiasat Yang Dikaitkan Dengan Kehilangan Ekshibit Ditukar

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pegawai penyiasat yang dikaitkan dengan kehilangan RM11,700 dan beberapa ekshibit lain di Polis Kontinjen Selangor telah ditukar ke jabatan lain, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata, langkah itu untuk memastikan siasatan mengenai perkara itu boleh dijalankan dengan lancar.

"Pegawai penyiasat itu diarah untuk ditukarkan ke jabatan pentadbiran dengan serta merta.

"Jika ada sebarang salahguna kuasa atau tidak mematuhi prosedur, kita akan ambil tindakan sewajarnya apabila proses siasatan siap," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pembukaan Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah di sini, Rabu.

Ismail berkata, siasatan mengenai perkara itu tidak berat sebelah dan dijalankan dengan mengambil kira setiap aspek yang terbabit.

Ekshibit yang hilang itu ditemui daripada dua orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dituduh kerana rompakan.

Difahamkan pegawai penyiasat itu telah meletakkan ekshibit itu dalam laci di biliknya dan tidak ada tanda-tanda bahawa kunci itu diganggu.

Ekshibit itu disedari hilang oleh Polis Kontinjen Selangor pada 8 November.

Dilaporkan Ketua Polis Selangor, Timbalan Pesuruhjaya Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, Jabatan Forensik telah mendapatkan cap jari 26 pegawai polis yang disoal siasat mengenai perkara itu.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 dan 201 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan membuang keterangan.

Tiga pegawai SPRM berumur antara 20 dan 35, berpangkat pemangku penolong pesuruhjaya, penolong kanan superintenden dan penolong superintenden, didakwa kerana merompak penukar wang sebanyak US$300,000 (kira-kira RM951,000) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 Sept. Pegawai-pegawai itu telah digantung kerja. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan