Muhyiddin Mulakan Lawatan Ke Kelantan

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kelantan hari ini bagi program turun padangnya dengan disambut meriah oleh 200 pemimpin Barisan Nasional yang berpakaian serba merah dan pegawai kerajaan persekutuan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin antara pemimpin yang menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa pada 8.30 pagi.

Sejurus tiba, beliau mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Barisan Nasional Kelantan.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran dijadual menghadiri program 'Townhall Meeting' serta majlis penyampaian cek dan sijil bantuan kerajaan persekutuan bersama warga sekolah agama.

Di Pasir Mas, beliau dijadual menghadiri program penyampaian cek kepada Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Ismallah untuk membina bangunan madrasah yang baru.

Muhyiddin akan turut melawat Tanah Merah dan Machang sebelum berlepas pulang ke ibu negara petang ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan