Kerajaan Pusat Setuju Luluskan RM20 Juta Bina Rumah Golongan Pendapatan Rendah

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kerajaan Persekutuan pada dasarnya bersetuju meluluskan peruntukan berjumlah RM20 juta bertujuan membina 200 unit rumah bagi golongan berpendapatan rendah termasuk nelayan, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata setakat ini 13,666 unit rumah kos rendah dibina di seluruh negeri melalui peruntukan daripada Bahagian Perumahan Awam.

"Bagi melaksanakan agenda itu (pembinaan rumah rakyat) agensi lain yang turut terlibat termasuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Pejabat Pembangunan Negeri, Yayasan Bina Upaya dan Baitulmal," katanya ketika menjawab soalan Chen Fook Chye (DAP-Keranji) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Rabu.

Beliau berkata perumahan kos rendah yang telah dibina melibatkan daerah Kinta sebanyak 1,995 unit, Kuala Kangsar (2,177), Larut Matang dan Selama (1,730), Hilir Perak 1,450, Batang Padang (1,389), Hulu Perak (1,244), Kerian (1,243) Perak Tengah (1,101), Manjung (695) dan Kampar (642).

Katanya bagi projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-10, 250 unit rumah kos rendah akan dibina di daeah Kerian dan Hilir Perak bermula awal tahun depan.

Ketika menjawab soalan Datuk Samsudin Abu Hassan (BN-Ayer Kuning), Zambry berkata Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) berperanan membantu golongan muda mencari pekerjaan.

"Pusat ini berfungsi seperti mencari, menyelaras, melatih dan menambah pengetahuan graduan dan pencari pekerjaan selain mewujudkan profil pemohon dengan butiran lengkap termasuk kemahiran serta kecenderungan mereka," katanya.

Beliau berkata bagi memaksimumkan peranannya, PEKA melancarkan portal iaitu www.jobsperak.com yang mempunyai ciri aplikasi tambahan yang mana pemohon boleh memasukkan maklumat diri secara dalam talian.

Setakat ini, PEKA menerima lebih 5,500 permohonan serta membuka kaunter mudah alih bagi memudahkan golongan pencari kerja mengambil bahagian dalam program kerajaan dan bukan kerajaan, katanya.

PEKA telah membuka kaunter di empat lokasi iaitu Taiping, Tanjung Malim, Gopeng dan Manjung sejak ditubuhkan pada 1 Okt lepas, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan