Jawatankuasa Pantau Penuntut Asing Akan Ditubuh

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menubuhkan satu jawatankuasa yang bertujuan memantau penuntut asing di negara ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata jawatankuasa itu antara lain akan bertanggungjawab untuk menangani masalah sosial membabitkan penuntut asing yang banyak dilaporkan kini.

Beliau berkata walaupun tidak semua laporan media membabitkan masalah sosial penuntut warga asing adalah benar, kementerian tetap mengambil pendekatan pemantauan bagi memastikan gejala itu tidak berleluasa.

"Ini kerana 'first line of defend' (ayat pertama membela diri) mereka ini ialah mengaku sebagai pelajar dengan harapan dapat dikurangkan hukuman, tetapi apabila kita membuat pemeriksaan dengan institut pengajian, didapati mereka bukanlah pelajar seperti yang didakwa," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Saifuddin berkata jawatankuasa yang bakal ditubuhkan itu akan dianggotai oleh KPT dan beberapa agensi penguatkuasaan dari KDN seperti Jabatan Imigresen.

"Walaupun isu pelajar asing adalah di bawah kementerian, tetapi adalah wajar jawatankuasa ini dipengerusikan oleh KDN memandangkan ia juga banyak berkaitan dengan soal imigresen," katanya.

Dalam pada itu Saifuddin berkata KPT juga sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan semula kad pelajar antarabangsa bagi penuntut warga asing sebagai mekanisme pengesahan identiti mereka sebagai pelajar..

Beliau berkata sebelum ini sistem kad seumpamanya pernah diperkenalkan tetapi telah diberhentikan.

Persidangan dewan disambung Rabu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan