Banjir Di Terengganu Tidak Banyak Berubah

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir di Terengganu tidak banyak berubah petang ini berbanding pagi Rabu.

Penolong Setiausaha Keselamatan (Penerangan) Majlis Keselamatan Negeri Ahmad Redza Arshad berkata jumlah mangsa terkini ialah 1,406 orang berbanding 1,439 orang pagi tadi.

"Seramai 33 orang mangsa di daerah Hulu Terengganu telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang ini setelah air hujan yang melimpah surut di kawasan berkenaan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata penduduk yang tinggal di pusat pemindahan ialah Besut 560 orang, Setiu 671 dan Hulu Terengganu 175 berbanding 208 orang pagi tadi.

Katanya dalam masa yang sama juga jumlah pusat pemindahan berkurangan kepada 18 petang ini berbanding 21 pagi tadi.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran negeri (JPS) berkata paras air di kebanyakan sungai utama di negeri ini sedang naik berikutan hujan lebat sejak malam tadi.

Beliau berkata di Besut, di Kampung La paras air terus naik dan kini melebihi tahap bahaya 19.2 meter pada bacaan pukul 1 petang ini.

Begitu juga Sungai Nerus di Setiu sehingga kini paras air di tiga tempat melebihi paras bahaya petang ini berbading dua tempat pada sebelah pagi.

Katanya di Jambatan Permaisuri, air berada di paras 9.14 meter berbanding tahap bahaya 8.8 meter, di Kampung Langkap 22.95 meter (bahaya 22.5 meter) dan Kampung Bukit 13.7 meter (bahaya 12 meter). - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan