22 Pencarum Didenda Kerana Tipu Pengeluaran KWSP - Berita Semasa | mStar

22 Pencarum Didenda Kerana Tipu Pengeluaran KWSP

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 22 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) didenda oleh mahkamah kerana terlibat dalam penipuan pengeluaran perumahan pada suku ketiga tahun ini.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata semua pencarum terbabit didapati bersalah dan didenda sejumlah RM17,400 oleh mahkamah bagi kesalahan tersebut.

Beliau berkata seorang daripada mereka telah dihukum penjara manakala 16 lagi mungkin dipenjarakan sehingga enam bulan jika gagal membayar denda.

"Di bawah Seksyen 59 Akta KWSP 1991, pencarum yang didapati bersalah melakukan penipuan atau cubaan menipu pengeluaran, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan Selasa.

Nik Affendi juga berkata pencarum yang didapati bersalah menipu pengeluaran akan kehilangan hak untuk mengeluarkan caruman jika mereka gagal mengembalikan wang yang dikeluarkan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh sabitan.

Beliau berkata bagi pencarum yang memulangkan wang dalam tempoh itu, mereka hanya dibenar memohon pengeluaran selepas dua tahun daripada tarikh wang tersebut dikembalikan.

Sehubungan itu, Nik Affendi menasihatkan pencarum KWSP agar lebih berhati-hati dengan sindiket yang kononnya menawarkan bantuan untuk mengeluarkan simpanan mereka secara tidak sah dengan bayaran tinggi.

"Pencarum yang ingin membuat permohonan pengeluaran caruman mestilah berurusan terus dengan KWSP kerana pegawai KWSP sentiasa bersedia membantu ahli serta perkhidmatan yang diberikan adalah percuma," katanya.

Beliau juga meminta sokongan pencarum agar melaporkan sebarang kegiatan penipuan kepada KWSP dengan menghubungi talian Hotline Anti-Fraud KWSP di 03-2616 2121 pada waktu pejabat dari Isnin hingga Jumaat. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan