SAPS Untuk Nilai Prestasi Murid

Diterbitkan: Selasa, 22 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) adalah untuk menilai perkembangan prestasi murid dan tidak timbul soal ketidakadilan kepada sekolah luar bandar berbanding sekolah di bandar, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Katanya SAPS merupakan sistem analisis data standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran yang menilai dan mengikuti prestasi pelajar sekolah tanpa mengira sama ada sekolah itu di bandar atau di luar bandar.

"Ia bukan bertujuan mengukur pencapaian sesebuah sekolah sebaliknya berfungsi untuk mengesan kelemahan murid bagi mengatasi kelemahan berkaitan pelajaran yang dihadapi murid di sesebuah sekolah seawal yang mungkin," katanya ketika menjawab soalan Che Uda Che Nik (Pas-Sik) di Dewan Rakyat Selasa.

Mengenai capaian internet di sekolah luar bandar yang membebankan guru-guru untuk aplikasi SAPS, Mohd Puad berkata kementerian berusaha menyediakan tiga hingga lima buah server di setiap sekolah.

"Dan bagi mengurangkan tekanan kepada guru semasa proses pengisian markah peperiksaan, guru-guru hanya perlu mengisi sistem SAPS setahun dua kali sahaja iaitu bagi markah peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun," katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) mengenai peruntukan kepada sekolah luar bandar untuk mengadakan kelas tuisyen, Mohd Puad berkata kementerian ada menyediakan peruntukan untuk kelas tuisyen di sekolah luar bandar. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan