Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman Untuk Beri Peluang Rakyat Luah Pandangan

Diterbitkan: Selasa, 22 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang akan dibentangkan minggu depan bertujuan memberi peluang dan ruang kepada rakyat untuk mengadakan perhimpunan secara aman dan meluahkan pandangan mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata rang undang-undang itu yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan satu lagi manifestasi kesungguhan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk membawa transformasi politik secara holistik.

"Seeloknya, kita tunggu pembentangan itu di mana Perdana Menteri akan memberikan ucapan menjelaskan rasional rang undang-undang itu dilakukan (digubal).

"Dalam rang undang-undang itu nanti...cara dan peraturan (mengadakan perhimpunan aman dan luahkan pandangan) akan dijelaskan. Saya harap, ini akan diterima baik oleh masyarakat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Ilham Desa peringkat kebangsaan di sini pada Isnin.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz berkata rang undang-undang tersebut yang akan menggantikan Seksyen 27, Akta Polis akan dibentangkan di Parlimen minggu depan.

Pada September lalu, Najib telah mengumumkan kerajaan akan mengkaji semula Seksyen 27, Akta Polis dan akan digantikan dengan akta baru.

Dalam perutusan khas sempena sambutan Hari Malaysia itu, Perdana Menteri juga mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Kediaman Terhad.

Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri telah dimansuhkan bulan lalu manakala undang-undang baru bagi menggantikan ISA dijangka dibentangkan di Parlimen pada bulan Mac 2012. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan