OKU Penerima Anugerah Wanita Tahunan Tun Dr Siti Hasmah WIM 2011

Diterbitkan: Selasa, 22 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Orang Kurang Upaya Sharinah Mohd Nor (gambar) pada malam Isnin, menerima Anugerah Wanita Tahunan Tun Dr Siti Hasmah Institut Pengurusan Wanita (WIM) 2011.

Sharinah, 49, ibu kepada empat anak iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki, merupakan sukarelawan di Institut Sosial Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Beliau dilahirkan tanpa kedua-dua kaki dan terpaksa menggunakan lututnya untuk bergerak sehingga berusia 19 tahun, apabila menerima sepasang kaki palsu.

Selepas bertungkus-lumus menamatkan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), beliau berjaya memperoleh ijazah sarjana dalam bidang Senilukis dan Senireka di Universiti Teknologi Mara (UITM) dan kini melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah dalam pendidikan di universiti sama.

"Saya tidak pernah menggunakan kekurangan serta kecacatan fizikal sebagai alasan dalam tugas harian walaupun saya tahu ia bukan sesuatu yang mudah sebaliknya begitu mencabar," katanya yang menerima trofi serta wang tunai RM10,000 daripada WIM.

Selain itu, Sharinah menerima wang tunai RM20,000 daripada Etiqa Insurance & Takaful, satu set rantai mutiara bernilai RM15,000 daripada Rafflesia Pearls, barangan kristal dan perhiasan dari Tiffany & Co bernilai RM15,000 serta beg tangan berjenama bernilai RM8,000.

Anugerah itu disampaikan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan