Najib Ucap Tahniah Kepada Skuad Bola Sepak Sukan SEA Negara

Diterbitkan: Selasa, 22 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah di atas kejayaan skuad bola sepak negara memenangi pertandingan bola sepak Sukan SEA 2011 yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta malam Isnin.

Perdana Menteri berkata: "Syabas dan tahniah Pasukan Malaysia. Saya dan rakyat sungguh gembira, mereka telah bermain penuh semangat," katanya dalam mesej Tweeter beliau.

Kemenangan skuad bola sepak Bawah 23 Tahun Negara kendalian Ong Kim Swee sekaligus mempertahankan pingat emas yang dimenangi mereka di Laos dua tahun lepas.

Skuad negara mengalahkan pasukan tuan rumah 5-4 melalui penentuan sepakan penalti.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata beliau akan berbincang dengan menteri berkenaan mengenai ganjaran istimewa yang akan diberikan kepada pasukan bola sepak dan pasukan lain yang menunjukkan kecemerlangan pada Sukan SEA Indonesia 2011.

"Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Sukan cukup bangga kerana prestasi mereka adalah amat baik sekali.

"Bila mereka pulang, kita akan raikan mereka dan bincang dengan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek apakah ganjaran yang sewajarnya akan kita berikan kepada mereka," katanya kepada pemberita di sini malam Isnin.

Beliau mengikuti pertandingan akhir bola sepak pada majlis Sirim-Industri 2011 di sini.

Muhyiddin berkata kemenangan pasukan negara merupakan petanda bahawa sukan bola sepak khususnya telah kembali cemerlang sebagaimana yang pernah dilihat pada zaman lepas.

"Kita ucapkan syabas kepada FAM, jurulatih, ketua pasukan, menteri dan semua yang terlibat. Kita nampak ada keistimewaan dalam soal jaringan gol dan Alhamdulillah seluruh rakyat Malaysia menyatakan rasa bangga di atas kejayaan ini," katanya.

Sementara itu di Palembang, kejayaan skuad negara turut diraikan warga Malaysia.

Ini adalah hari yang bersejarah buat arena sukan kita. Selain mencapai sasaran pingat yang kita telah tetapkan tetapi juga kita telah memenangi apa yang dikenali sebagai 'ibu kepada segala pingat' malam ini.

"Kemenangan (skuad bola sepak) di Sukan SEA dua kali berturut-turut adalah sesuatu yang begitu manis bagi kita," kata Katua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Zolkples Embong.

Beliau ditemui semasa menyaksikan siaran langsung perlawanan bola sepak itu di hotel penginapannnya bersama-sama pegawai-pegawai MSN dan beberapa wakil media Malaysia.

"Dalam keadaan pasukan bola sepak kita yang agak kekurangan malam ini, bila kita kehilangan beberapa pemain utama ... mereka telah menunjukan mutu permainan yang sangat baik dan semangat juang tinggi, khususnya bermain di Stadium Gelora Bung Karno," kata Zolkples. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan