Kawasan Pendalaman Akan Terus Dibantu, Kata Najib

Diterbitkan: Selasa, 22 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan terus memberi perhatian kepada kawasan pedalaman yang sememangnya amat memerlukan bantuan.

Perdana Menteri berkata langkah itu telah menjadi sebahagian daripada Program Transformasi Luar Bandar yang sedang diperjuangkan oleh kerajaan.

"Mudah-mudahan dengan ini, kita akan dapat menegakkan keadilan sosial dan pembangunan yang lebih inklusif, tidak kira kita di mana dalam pelusuk negara, pembangunan dan pembelaan akan tetap dapat dirasai oleh rakyat.

"Wang bantuan RM100, para pelajar telah terima. InsyaAllah, tidak lama lagi wang RM500 juga akan diterima bagi mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah bagi seisi keluarga," katanya pada satu majlis meraikan ketua-ketua kampung dan masyarakat Ba'kelalan dan Bario dari Sarawak yang mengunjungi beliau di Seri Perdana di sini Selasa.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Anggota Parlimen kawasan Lawas Datuk Henry Sum Agong.

Rombongan yang diketuai Sum itu menemui Perdana Menteri bagi menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan masyarakat kawasan Ba'kelalan dan Bario kepada kerajaan yang berjaya membina sebuah jalan baru yang telah lama dinantikan oleh masyarakat di kawasan berkenaan.

Najib berkata beliau berasa bangga kerana projek untuk membina jalan di Ba'kelalan dan Bario telah dapat disiapkan menerusi program Jiwa Murni yang telah diubahsuai dan dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan, yang bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat.

Katanya projek itu merupakan satu konsep pembangunan baru yang belum pernah dibuat sebelum ini yang dapat disiapkan dengan cepat dan juga menjimatkan kos, apabila hanya menelan perbelanjaan sebanyak RM52 juta berbanding RM250 juta sebelum ini.

"Apa yang sangat menarik hati saya dan kerajaan bahawa projek ini jika digunakan pemikiran lama, ia masih perlu menunggu satu tempoh yang agak panjang kerana peruntukan yang diperlukan agak besar, tetapi boleh disiapkan dalam tempoh yang begitu cepat setelah kita mengambil keputusan tersebut.

"Salah satu daripada prinsip yang saya pegang bersama rakan-rakan dalam kerajaan, ialah apabila kita janji, kita tunaikan janji kita kepada rakyat," katanya.

Menerusi projek Jiwa Murni itu, pembinaan jalan disiapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia yang diberi bekalan bahan dan peralatan dengan peruntukan disalurkan melalui Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU).

Najib berkata kesan daripada projek jalan raya di Ba'kelalan itu amat besar antaranya ia dapat menjimatkan tempoh perjalanan dari Lawas ke Ba'kelalan dari tiga hari dua malam sebelum ini kepada tiga jam sahaja dan ini secara langsung dapat mengurangkan juga harga bahan makanan dan minuman serta barangan lain.

"Antaranya harga Coca Cola setin, jika dulu RM3, sekarang RM2, harga LPG setong, daripada RM60 kepada RM45. Harga simen telah berkurangan, tambang bas pun telah menurun.

"Dan ada lagi kebaikan, ada yang telah bina banglo dan banyak pelancong dari luar datang kerana sudah dibina jalan baru," katanya.

Perdana Menteri berharap langkah kerajaan itu akan dapat membuka era baru kepada kawasan Ba'kelalan dan Bario.

Sum pula berkata masyarakat di Ba'kelalan dan Lawas amat berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana kawasan itu yang sebelum ini sukar dihubungi akibat keadaan geografi, kini mengalami perubahan berikutan projek-projek pembangunan yang dibawa oleh kerajaan.

Beliau berharap kerajaan akan meneruskan usaha untuk membekalkan kemudahan asas lain seperti bekalan elektrik alternatif dan air ke semua kawasan yang belum mendapat kemudahan itu secepat mungkin.

Sum juga berharap supaya Perdana Menteri menimbang beberapa permohonan untuk kemudahan masyarakat di kawasan itu, antaranya membina Lapangan Terbang Lawas untuk menggantikan lapangan terbang sedia ada yang sering dilanda banjir, mewujudkan sekolah menengah di kawasan tanah tinggi Ba Kelalan dan mewujudkan sekolah teknik di Lawas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan