Air Kelantan Diminta Pertimbang Untuk Sertai Inisiatif Penstrukturan Semula Industri Air

Diterbitkan: Selasa, 22 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) diminta untuk mempertimbangkan penghijrahannya dalam pelaksanaan Inisiatif Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air oleh kerajaan persekutuan, kata Persatuan Air Malaysia (MWA).

Pengarah MWA, Ahmad Zahdi Jamil berkata AKSB merupakan salah satu syarikat air yang sedang menghadapi masalah bukan sahaja dari segi pengurusan malahan kedudukan kewangan juga.

"Salah satu punca kewangan yang lemah adalah disebabkan pendapatan yang tidak seberapa kerana tarif air yang terlalu rendah dan terlalu lama tidak dinaikkan.

"Untuk sesuatu syarikat menjadi mapan dan berdaya saing, pendapatannya mesti melebihi kos operasi. Jikalau kos operasi terlalu tiggi, ia perlu ditanggung oleh kerajaan negeri tersebut," kata beliau kepada pemberita selepas majlis perasmian kongres dan pameran pembangunan kedua Persatuan Air Antarabangsa (IWA)di sini Isnin.

Ia dirasmikan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Sementara itu Ahmad Zahdi berkata dengan penghijrahan, MWA merasakan pengurusan AKSB akan diperkemaskan dan akan diperbaiki, malah ia akan memberi faedah bukan sahaja kepada syarikat malahan turut memberi faedah kepada rakyat negeri Kelantan.

Sehingga kini Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Perlis dan Pulau Pinang sudah memuktamadkan Perjanjian Penstrukturan Semula Perkhidmatan Bekalan Air.

Mengulas kenyataan pengurus besar AKSB berhubung kandungan logam di dalam air, Ahmad berkata: "Sebagai syarikat air, mereka (AKSB) perlu menjelaskannya dengan tidak menakut-nakutkan pelanggan. Masa buat kenyataan, kenalah berhati-hati agar tidak disalah tafsirkan oleh pihak-pihak tertentu."

Dianjurkan bersama IWA dan MWA, kongres dan pameran tersebut berjaya menarik hampir 600 delegasi dari seluruh dunia. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan