51 Orang Dipindah Akibat Banjir Di Melaka

Diterbitkan: Selasa, 22 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seramai 51 orang mangsa banjir daripada 11 keluarga di daerah Jasin, dipindahkan ke dua pusat pemindahan sehingga pukul 5 petang ini.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka Aziz Sulaiman berkata mereka adalah penduduk dari Kampung Parit Lampung dan Kampung Tanjung Labuh di Tehel serta Kampung Parit Penghulu Benteng di Sungai Rambai.

Mereka kini ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu di Sekolah Kebangsaan Tehel dan Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata mangsa terbabit dipindahkan berikutan kawasan kampung mereka dinaiki air kira-kira 0.5 meter berikutan hujan lebat sejak dua hari lepas.

Cuaca cerah dilaporkan di seluruh negeri ini. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan