Wang Bantuan RM100 Perlu Diberikan Sepenuhnya

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Pihak sekolah perlu mengagih-agihkan pemberian bantuan kerajaan sebanyak RM100 kepada pelajar sepenuhnya, tanpa membuat sebarang pemotongan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata arahan sudah dikeluarkan dan langkah itu bagi merealisasikan apa yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2012 bulan lepas, dapat dinikmati rakyat.

"Mudah saja, tiap-tiap pelajar yang berada dalam sistem pendidikan negara, sama ada dalam sekolah kerajaan atau swasta, semua layak dapat.

"Tanggungjawab guru, jangan soal, beri RM100 bagi tiap-tiap pelajar kepada ibu bapa. Itu saja. Dan saya sudah beritahu dan arahan, jangan ada pemotongan dan jangan buat takfisran pelbagai. Serah dulu RM100.

"Jika ada cita-cita lain nak beri PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) atau nak buat itu ini, itu soal kedua tetapi untuk menunjukkan bahawa apa yang disebutkan oleh Perdana Menteri dalam bajet bahawa itu benar-benar berlaku, maka sekolah yang bertanggungjawab mesti sampaikan jumlah yang disebutkan, RM100 tidak lebih dan tidak kurang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Ilham Desa peringkat Kebangsaan di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan sekolah yang membuat pemotongan daripada wang bantuan tersebut bagi tujuan pembayaran yuran PIBG dan sebagainya.

Kerajaan memperuntukkan bantuan sebanyak RM530 juta bagi membiayai kira-kira 5.3 juta pelajar di seluruh negara yang bertujuan meringankan beban ibu bapa menjelang pembukaan awal sesi persekolahan tahun depan.

Pengagihan wang bantuan tersebut, mula dibuat oleh pihak sekolah kepada ibu bapa pada minggu lalu sebelum sesi persekolahan bagi tahun ini berakhir.

Muhyiddin berkata peruntukan wang bantuan tersebut merangkumi bukan sahaja pelajar sekolah kerajaan tetapi juga sekolah swasta.

Katanya masalah yang timbul itu tidak mencemarkan proses pengagihan wang bantuan tersebut kepada kumpulan sasar kerana ia hanya membabitkan beberapa buah sekolah sahaja dan peratusannya sangat kecil yang disebabkan oleh keadaan tertentu.

Bagaimanapun, katanya jika timbul masalah di sekolah tertentu, ibu bapa boleh memaklumkan kepada guru besar atau pegawai pelajaran daerah.

"Bagi saya mudah saja. Wang bantuan RM100 itu diberikan, jangan ambil satu sen pun, jangan potong.

"Bayar terus RM100 itu, biarkan ibu bapa dan pelajar menikmati sumbangan daripada kerajaan," kata Muhyiddin. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan