Tuanku Mizan Tiba Di Antartika

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tuanku Mizan Zainal Abidin (tiga kiri) bergambar kenangan dengan rombongan Malaysia ke Antartika setibanya di Lapangan Ais Pegasus yang dibina di atas lautan ais beku. Foto BERNAMA
Tuanku Mizan Zainal Abidin (tiga kiri) bergambar kenangan dengan rombongan Malaysia ke Antartika setibanya di Lapangan Ais Pegasus yang dibina di atas lautan ais beku. Foto BERNAMA

SCOTT BASE (ANTARTIKA): Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tiba pada Isnin bagi lawatan khas ke Artartika.

Seri Paduka Baginda dan rombongan tiba di benua selatan itu dengan pesawat khas C-17 Globe Master Tentera Udara Amerika yang mendarat di Lapangan Ais Pegasus, sebuah lapangan terbang yang dibina di atas lautan ais yang beku, pada 1 tengah hari waktu tempatan.

Rombongan Seri Paduka terdiri dari Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Pengerusi Badan Bertindak Antartika Akademi Sains Malaysia (ASM) Tan Sri Salleh Mohd Nor, Pengarah Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan (NARC) Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah dan Juruiring Kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Brig Jen Datuk Zaharin Ahmad selain Pengarah Bahagian Alam Sekitar, Kementerian Perdagangan dan Luar Negara New Zealand, Caroline McDonald, Ketua Eksekutif Antartika New Zealand, Lou Sanson dan petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Mohamad Mudanoran Mohamad Mushaari, yang akan membuat liputan sepanjang lawatan baginda ke Antartika.

Pesawat berkenaan juga membawa sekumpulan 70 petugas lain terdiri daripada para penyelidik dan saintis antarabangsa yang akan melakukan penyelidikan di sekitar kawasan benua itu.

Tuanku Mizan yang disambut Penyelia Perkhidmatan Antartika, David Washer, kemudiannya dibawa ke Pusat Penyelidikan Scott dalam perjalanan yang mengambil masa 20 minit sambil menikmati pemandangan di sekitar kawasan itu.

Seri Paduka Baginda kemudian diberikan taklimat oleh Sanson di Kem Scott sebelum dibawa melawat Castle Rock dan Kem Lapangan Latihan Antartika dengan menaiki kenderaan khas dipanggil Hagglund, iaitu kenderaan litar permukaan ais.

Pada hari kedua di Antartika, Seri Paduka Baginda dijadual menaiki helikopter bagi lawatan saintifik melalui udara ke kawasan McMurdo Sound termasuk singgah melawat pondok yang digunakan oleh Kapten Scott pada tahun 1910-1912 di Cape Evans dan pondok Sir Ernest Shackleton pada tahun 1907-1909 di Cape Royds.

Kedua-dua pondok tersebut kini menjadi destinasi bersejarah dan ikon bagi para saintis dan penyelidik di Antartika. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan